Sinopsis Drama Nur Raudah TV1

Sinopsis Drama Nur Raudah TV1 Slot Syukur
Nur Raudah mengisahkan seorang gadis yang bernama Nur Raudah (Syatilla Melvin). Nur Raudah seorang anak yang baik dan taat pada ibunya termasuk urusan jodohnya. Demi memenuhi permintaan ibunya, NurRaudah sanggup mengenepikan soal hati dan perasaannya.

Bergelar anak yang baik, dan mentaati arahan ibunya, Nur Raudah terpaksa menempuh dugaan dan cabaran. Ibu Nur Raudah iaitu Kalsom (Aleeza Syadan) meminta Nur Raudah untuk mengahwini rakan baiknya Saidin (Arash Mohamad). Tanpa membantah, Nur Raudah menuruti sahaja keinginan ibunya. Waluapun di hatinya tiada sedikit pun rasa cinta pada Saidin.

Saidin telah mempunyai 3 orang isteri, dan kini dia merencana ingin menikahi Nur Raudah. Walau bagaimanapun, rancangan Saidin berjaya dihidu oleh isteri pertamanya. Ini membuatkan isteri pertamanya berang dan memprotes habis-habisan!

Isteri Saidin mengamuk dan pergi ke rumah Nur Raudah. Mujur ada ibunya di situ. Kekecohan itu menyebabkan jiran tetangga Kalsom bergegas ke situ. Isteri Saidin mencemuh Nur Raudah, Kalsom mempertahankan anaknya.

Di hadapan semua orang, Kalsom telah memutuskan pertunangan antara Saidin dan Nur Raudah. Mendengar ayat itu, isteri Saidin berasa puas! Rancangannya untuk menggagalkan perkahwinan suaminya telah berjaya.

Nur Raudah merencana ingin ke Kuala Lumpur mencari jejak ayah kandungnya. Saksikan kisah pertemuan Nur Raudah bersama Ustaz Hisyam (Shah Iskandar). Juga saksikan lakonan Asari (Keith Foo) menerusi drama Nur Raudah di TV1.

Gambar Drama Nur Raudah TV1 
Sinopsis drama Nur Raudah TV1 Slot Syukur, pelakon dan gambar drama Nur Raudah TV1, drama Ramadan rtm tv1
Drama Nur Raudah di TV1 lakonan Syatilla Melvin dan Shah Iskandar

Saksikan drama Nur Raudah
Hari: Isnin – Jumaat
Jam: 8.30 malam – 9.00 malam
Saluran: TV1

2 comments

mcm best jak cita tok.. tp x brp suka glak ngga pelakon laki ya.. hehe


EmoticonEmoticon