Sinopsis Pahiram Ng Sandali

Sinopsis Pahiram Ng Sandali Telenovela Filipina TV3
Pahiram Ng SandaliChasing Moments mengisahkan Alex dan Cindy jatuh cinta antara satu sama lain. Hubungan cinta mereka begitu utuh. Walau bagaimanapun, hubungan cinta mereka teruji apabila Cindy mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di luar negara. Walaupun berjauhan Cindy berjanji akan kekal setia bersama Alex.

Selepas Cindy ke luar negara, Alex bekerja keras mencapai cita-citanya. Dia ingin menjadi jurugambar berjaya. Ketika mengejar impiannya, Alex mengenali seorang wanita bernama Janice yang lebih tua daripadanya, bekerja sebagai pegawai editor majalah.

Kerjaya Janice berada di puncak kejayaan. Namun, dalam perihal rumah tangga Janice gagal dalam meraih perhatian suaminya. Janice begitu kecewa apabila mengetahui suaminya sendiri mempunyai wanita simpanan.

Pada masa yang sama, Alex, juga turut dalam keadaan tertekan apabila bergelar anak yang tidak dikasihi oleh keluarganya. Alex dan Janice hidup dalam kesunyian. Di saat mereka bertemu, timbul perasaan aneh antara satu sama lain. Mereka akhirnya rapat sebagai seorang sahabat. Tetapi hubungan sahabat mereka bertukar menjadi hubungan istimewa.

Segalanya menjadi lebih sukar apabila Alex mengetahui Janice adalah ibu kepada kekasihnya! Ibu Cindy! Saksikan kisah seterusnya menerusi telenovela Filipina Pahiram Ng Sandali di TV3. Kalau nak tahu, telenovela Pahiram Ng Sandali juga dikenali sebagai Chasing Moments. Haaa..rasa lebih mudah nak ingat tajuk bahasa Inggeris.

Sinopsis Pahiram Ng Sandali, sinopsis Chasing Moments, pelakon dan gambar Pahiram Ng Sandali, Original Sound Track OST Pahiram Ng Sandali, Download OST Pahiram Ng Sandali - Mga Nakaw na Sandali (Jaya & Jay R)

Pelakon Pahiram Ng Sandali
Dingdong Dantes
Christopher De Leon
Lorna Tolentino
Max Collins
Alessandra de Rossi

Original Sound Track OST Pahiram Ng Sandali
Lagu: Mga Nakaw na Sandali
Penyanyi: Jaya & Jay R

Gambar Pahiram Ng Sandali 
Sinopsis Pahiram Ng Sandali, sinopsis Chasing Moments, pelakon dan gambar Pahiram Ng Sandali, Original Sound Track OST Pahiram Ng Sandali, Download OST Pahiram Ng Sandali - Mga Nakaw na Sandali (Jaya & Jay R)

Saksikan Telenovela Pahiram Ng Sandali
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 2.00 petang – 3.00 petang
Saluran: TV3

2 comments


EmoticonEmoticon