Sinopsis Senafas Cinta Widuri TV1

Sinopsis Senafas Cinta Drama Slot Widuri TV1
Senafas Cinta mengisahkan Nisa (Fouziah Gous) yang dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya, Aiman (Norman Hakim). Nisa akur dengan pilihan jodoh yang ditetapkan oleh orang tuanya. Walaupun tidak mengenali Aiman, Nisa berusaha mengekalkan rumah tangganya.

Jodoh Nisa dan Aiman tidak berpanjangan. Di saat Nisa hamil, dia telah diceraikan oleh suaminya. Nisa begitu tertekan dengan apa yang berlaku. Timbul perasaan benci pada bayi yang dikandungnya. Sekali lagi Nisa menerima ujian hidup, bayi yang dilahirkannya telah meninggal dunia. Sejak perpisahan itu, Nisa dan Aiman tinggal berasingan.

Selepas beberapa tahun, Nisa berkerja di syarikat besar. Siapa sangka majikannya, Adam (Syafiq Kyle) menaruh hati terhadap Nisa. Adam cuba merebut hati Nisa. Cintanya terbalas apabila Nisa menerima kahadirannya. Namun, kisah lampaunya tidak pernah diceritakan pada Adam.

Suatu hari, Adam membawa Nisa menemui orang tuanya. Kehadiran Nisa tidak disukai ibu bapa Adam. Bagi mereka, Nisa cuba membolot harta mereka dengan berkahwin dengan Adam. Lebih mengeruhkan keadaan, Anis (Sabrina Ali) sepupu Adam membongkar kisah lama Nisa di hadapan ibu bapa Adam. Anis mempunyai motif sendiri. agar ibu bapa Adam membenci Nisa, menghalang perkahwinan mereka. Maka, terbukalah peluang untuknya merebut kembali hati Adam.

Daniel, anak kepada Aiman mencuri perhatian Nisa. Seolah-olah merasakan budak itu mempunyai pertalian dengan dirinya. Nisa dapat merasakan Daniel merupakan anak kandungnya! Nisa meminta pertolongan Nina (Ana Dahlia) untuk membuat ujian DNA. Apakah keputusan ujian DNA tersebut? Adakah benar budak tersebut anak kandung? Bagaimana dengan khabar yang diterima suatu ketika dahulu, bahawasanya anaknya telah mati ketikadilahirkan? Bagaimana pula dengan kisah percintaanya bersama Adam? Saksikan segalanya dalam drama Senafas Cinta slot Widuri di TV1.

Sinopsis Senafas Cinta Widuri TV1, pelakon dan gambar Senafas Cinta, drama Senafas Cinta menggantikan Syurga Tanpa Cinta

Pelakon Senafas Cinta
Fouziah Gous - Nisa
Syafiq Kyle - Adam
Norman Hakim - Aiman
 Ana Dahlia - Nina
Sabrina Ali – Anis
Rahhim Om – Datuk Yunos
 Liza Abdullah – Datin Sherry
 Hamidah Wahab – Datin Kirana
Rahim Jailani – Datuk Mansor
Ruminah Sidek – Pn Sharifah Mari
Ku Fridah – Mak Su

Gambar Senafas Cinta 
Sinopsis Senafas Cinta Widuri TV1, pelakon dan gambar Senafas Cinta, drama Senafas Cinta menggantikan Syurga Tanpa Cinta

Drama Senafas Cinta merupakan drama terbaru di TV1 mengganti drama Syurga Tanpa Cinta. Jom tonton Senafas Cinta di kaca tv. Layannn…

Saksikan Widuri Senafas Cinta
Jumlah episod Senafas Cinta: 13
Hari: Sabtu & Ahad
Jam: 7.00 malam
Saluran: TV1

1 comments so far


EmoticonEmoticon