Mitos & Kepercayaan Masyarakat Dunia Kucing Hitam

Kucing hitam sering dikaitkan dengan benda negatif. Umpamanya sihir, simbol kejahatan, pembawa malang dan sebagainya. Mitos itu berterusan sehingga kini dan beberapa negara serta bangsa menganggap kucing hitam sebagai petanda buruk. Berikut merupakan mitos dan masyarakat dunia mengenai kucing hitam.

Kucing hitam, mitos dan kepercayaan karut masyarakat dunia tentang kucing hitam, petanda nasib kucing hitam, ramalan kucing hitam, simbolik kucing hitam, kepercayaan tahayul kucing hitam bawa khurafat, gambar kucing hitam, black cat
Gambar kucing hitam yang comel! Walaupun comel kehadirannya mengundang kontroversi! Begitu banyak mitos dan kepercayaan karut dikaitkan.

Mitos & Kepercayaan Karut Masyarakat Dunia Tentang Kucing Hitam
1 Jerman: Dipercayai apabila ada seekor kucing hitam yang melompat ke tempat tidur orang sakit, kematian akan menghampiri pesakit.
2 Normandy, Perancis: Ketika dalam perjalanan, jika terlihat seekor kucing hitam yang sedang menyeberang di tengah bulan purnama, mereka percaya bahawa mereka akan diserang oleh sesuatu yang mengerikan.
3 Finland: Masyarakat di sana percaya bahawa kucing hitam membawa jiwa manusia ke alam ghaib. Juga dikenali sebagai The Transporter.
4 China: Kehadiran seekor kucing hitam merupakan petanda bahawa mereka akan terkena penyakit atau jatuh miskin.
5 India: Jiwa yang bergelora dapat dibebaskan dengan membaling kucing hitam ke dalam api.
6 Benggali, India: Bahawa ada seorang wanita yang dapat mengubah jiwa manusia menjadi seekor kucing hitam dan setiap kucing hitam yang disakiti akan menyakiti wanita itu juga.
7 Celts, Ireland: Percaya bahawa kucing hitam dapat meramalkan masa depan.
8 Druids, Ireland: Pada masa itu, orang-rang Inggeris kuno percaya bahawa kucing merupakan jelmaan seseorang yang berbuat jahat di masa lalunya sebelum disumpah menjadi seekor kucing hitam.
9 Melayu: Sekiranya jenazah seseorang tiba-tiba dilangkah seekor kucing hitam, jasad tersebut akan bangkit dan menjadi hantu.

Itulah antara amalan kepercayaan masyarakat dunia tentang kucing hitam. Kesian kucing yang dilahirkan hitam, tak pasal-pasal terpalit mitos karut sebegini. Lahir-lahir je terus kena benci orang. Malah ada yang begitu percaya bulat-bulat dan sanggup membuang kucing hitam mereka dari rumah. Sebagai orang Islam, kita ditegah mempercayai sesuatu yang bertentangan dengan hukum agama. Kepercayaan karut sebegini boleh meletakkan kita tergolong dalam khurafat. Berhati-hatilah..

10 comments

huhuhu kesiankan kucing hitam menjadi mangsa keadaan.. pernah juga berhadapan dengan kucing hitam mengganggu umah sewa masa study, bila tengok, ia hilang begitu saja..seram juga time tuh..

sy syka kucing hitam sebab kucing hitam nih nampak smart.. hehehe dan mitos paling kejam dimenangi oleh india.. snggup lak dicampak kucing comel xtahu pape nih dlm api... huhuhu

oh noooes... poor kuro neko chan...

kita ada kucing sekor.. warna hitm.. nama dia toru..lalalala..
buat peneman..^^

Sis,
tumpang tanya..
iklan innity effect status special nuffnang tu tak untuk terbaru ni...
sebab ada baca post sis, x effect..
try google ada plk yg cakap effect..
bru lulus iklan innity ni.. tp risau nak ltak kat blog.. hilang status geli2 tu naya.. kempem blog buster dah nak start ni...huhu :)

yang atas sekali kata orang hidup boleh mati..yang bawah sekali pulak kata yang mati akan hidup..hehhe...macam2 kan??

khurafat je.. hehe

http://pemudattbc.blogspot.com/2014/12/syria-ribat-mujahideen-jabhat-nusra.html

Teringat cerita Sabrina the teenage witch.. kucing hitam dia comeyy.. :)

This comment has been removed by the author.

@nick terkini...innity pesaing nuffnang. klo letak innity kat blog blh jejaskan glitterati


EmoticonEmoticon