Pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 Ke Singapura Hilang

Pesawat Airasia Dari Surabaya Ke Singapura Hilang – Terputus Hubungan
Terkejut bila menonton Melodi sebentar tadi. Berita terkini TV3 menyiarkan pesawat AirAsia yang berlepas dari Surabaya ke Singapura dilaporkan terputus hubungan. Dalam erti kata yang lain, pesawat AirAsia QZ 8501 menuju ke Singapura telah hilang!

Pesawat AirAsia QZ 8501 berlepas pada jam 6.20 pagi tadi. Sepatutnya pesawat AirAsia itu tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi. Namun, pada jam 7.17 pagi ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah pesawat tersebut terputus hubungan. Faktor cuaca buruk antara kemungkinan jangkaan awal kehilangan pesawat AirAsia itu.

Pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 ke Singapura hilang, Airasia dari Surabaya ke Singapura hilang – terputus hubungan, cuaca buruk punca pesawat AirAsia hilang, jumlah penumpang AirAsia QZ 8501
Pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 membawa seramai 155 penumpang. Pastinya keluarga penumpang AirAsia ketika ini dalam keadaan resah. Proses pencarian dan menjejaki pesawat AirAsia QZ 8501 sedang giat dilakukan. Kita doakan moga perkara yang baik-baik sahaja berlaku.

8 comments

Memang terkejut. Suddenly jak kan.

Assalammualaikum... yumida,

semoga pesawat ini dijumpai dalam keadaan selamat.. Amin.

mselim3

pls: teruskan berdoa..

byk insiden melibatkan pesawat tahun ini....moga ahli keluarga dorg tabah...

Berita yg menggemparkan kita semua... walaupun kali ini ia pesawat milik indonesia tetapi isu pesawat hilang ni amat meninggalkan kesan kpd kita semua di malaysia... semoga ia dpt segera ditemukan... aamiin..


EmoticonEmoticon