Sinopsis Destinasi Impian

Sinopsis Novel Destinasi Impian
Destinasi Impian mengisahkan tentang Firdaus, anak lelaki tunggal dalam keluarga dan dibesarkan bersama empat kakak dan seorang adik perempuan. Tidak seperti rakan-rakan sama jantina dan seusianya yang gemar melakukan aktiviti lasak, faktor persekitaran membuatkan dia lebih suka menghabiskan masa di rumah membantu ibu mengemas, menggubah bunga atau membaca majalah hiburan.

Wataknya yang juga digambarkan sebagai anak manja ini menyebabkan dia sering disindir dan dicabar oleh rakan-rakan, termasuklah adik perempuannya, Azlina yang lebih optimis dan berani.

Suatu hari, Firdaus, Azlina dan seorang lagi sepupu mereka telah dicabar oleh datuk mereka untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer dari Klang ke Pantai Morib.

Firdaus tidak gemar dengan aktiviti itu namun disebabkan ia adalah satu cabaran dan Azlina serta sepupunya juga bersungguh-sungguh mencabarnya, maka dia menyahut juga cabaran itu walaupun dengan rasa berat hati.

Untuk sampai ke destinasi impiannya, Firdaus bukan sahaja sering merungut, malah perlu berdepan cabaran dan halangan, termasuklah diejek dan disindir oleh Azlina yang sebenarnya mahu abangnya menunjukkan ciri-ciri lelaki sejati dan seorang abang.

Firdaus hampir putus asa, namun perjalanan itu sendiri telah memberikannya pengajaran dan pengalaman baharu untuk diri dan kehidupannya.

Sinopsis novel Destinasi Impian, Destinasi Impian Komponen Sastera (Komsas) BM tingkatan 1 satu, Firdaus lelaki lembut, nilai-nilai murni Destinasi Impian, pengajaran dari kisah Destinasi Impian

Kengkadang perwatakan lembut lahir semulajadi dalam diri seseorang. Bila dah terbiasa, tanpa teguran ahli keluarga, gaya kita akan menjurus ke arah kelembutan. Lebih parah lagi bila rakan-rakan mengusik, mengejek. Itulah dugaan paling besar buat mereka yang berperwatakan lembut. Kesian kan. Nak tahu bagaimana Firdaus menghadapi segala cabaran dalam hidupnya, jangan lupa pinjam novel Destinasi Impian dari pelajar tingkatan satu. Kredit: Sinopsis Destinasi Impian

Novel Destinasi Impian mengisahkan seorang lelaki lembut telah dijadikan sebagai subjek Komponen Sastera (Komsas) bahasa Melayu pelajar Tingkatan Satu. Ini bermakna, anak-anak anda mahupun anak buah anda yang berada di tingkatan 1 tahun 2015 kelak, akan mempelajari kisah kehidupan lelaki lembut bernama Firdaus. Banyak nilai-nilai murni atau pengajaran yang boleh kita ambil menerusi novel Destinasi Impian ni. Novel Destinasi Impian merupakan karya Mohd Ismail Sarbini. 

4 comments

teruja pulak rasanya nak baca novel ni...ada sesapa yang adik anak belajar tingkatan satu, bagi pinjam sat :)

wahhh macam best je..lain negeri lain buku komsas nye kan??tu batch 94 laa


EmoticonEmoticon