Virus Malware Godam SMS Telefon Bimbit

Waspada Virus Malware Jika Terima SMS IS THIS YOUR PHOTO
Anda ada telefon bimbit? Haaa..berhati-hatilah. Pasal sekarang ni duk heboh pasal virus yang menyerang menerusi SMS dalam telefon bimbit. SMS tu berbunyi begini ‘is this your photo’. Jika terima SMS macam tu, jangan klik! Jika anda klik, haaa terkena virus malware la telefon bimbit anda. Malah anda akan selalu dapat mesej tu berulang kali.

Virus malware godam sms telefon bimbit, virus sms is this your photo, malware photo viewer, maksud malware dan cara virus malware tersebar, cara elak terkena virus malware sms telefon bimbit, pautan url malware, gambar malware sms telefon bimbit

Maksud Malware Dan Cara Virus Malware Tersebar:
Malware ialah perisian yang dicipta khusus untuk merosakkan sistem komputer. Apabila URL itu diklik, perisian tersebut akan dimuat turun dan satu perisian Photo Grid akan dipasang. Malware itu juga mempunyai mekanisme yang secara dinamik akan menghantar SMS spam kepada senarai kenalan penerima berdasarkan maklumat yang ada dalam peranti dan kad SIM.

Dalam SMS tu disertakan sekali pautan URL perisian PhotoViewer.apk. Bila dapat SMS tu, anda kena padam (delete) SMS tu dengan segera. Pautan url SMS tu sebenarnya mengandungi malware. Jangan nak test-test buka. Kena virus malware, merana la jiwa anda layan SMS tu datang berulang-ulang kali. Bahaya wooo!

8 comments

saya kena serang semalam..nasib baik tak buka.

Sangat merbahaya nih! HP pun kena serang juga!

alhamdulillah, tak kena lagi...
tapi kat Google+ terkena.... tak tahu laa yang tu link apa plak... haha

Semoga kita lebih berhati2 la lepas ni ...

Kak Lya ada buat entri tentang ni jugak hehe


EmoticonEmoticon