Sinopsis Churam TV2

Ada yang dah tonton drama Churam di kaca tv? Baca sinopsis drama Churam ni bunyinya macam menarik. Biasanya kalau nak tengok kisah drama tentang polis, kat TV2 banyak siarkan drama sebegini. Bagi aku, drama Churam sangat bagus dipertontonkan buat masyarakat. Mudah-mudah dengan penyiaran drama sebegini menyuntik kesedaran awam untuk sama-sama membanteras aktiviti jenayah. Berkerjasama dengan pihak polis.

Sinopsis Churam TV2
Churam mengisahkan Saiful bekerja sebagai akauntan di syarikat besar milik Datuk Rizwan. Di sebalik tugasnya itu, Saiful adalah penyiasat yang mencari maklumat pembunuhan Tasya, rakan kerjanya di syarikat berkenaan. Dalam usaha membongkar misteri di sebalik kematian Tasya, Saiful menyedari wujud kekeliruan dalam akaun kewangan syarikat. Lebih menghairankan, kekeliruan wujud disebabkan Tasya kerana dia menguruskan kewangan syarikat dan pada waktu sama bertindak sebagai pemberi maklumat.

Sinopsis Churam, drama Churam TV2, pelakon Churam, gambar Churam, review Churam, cerita polis di TV2 Churam, kes jenayah, rasuah, penyelewengan wang, pembunuhan

Hasil siasatan mendalam, Saiful mengetahui di sebalik perniagaan diusahakan Datuk Rizwan, terselindung kegiatan haram iaitu penyelewengan wang membabitkan jutaan ringgit.
Penyelewengan itu didalangi ketua gengster berpengaruh iaitu Datuk Steven. Pembunuhan Tasya serta penculikan Saiful oleh Taek Khoon dan Ah Seng menimbulkan konflik besar dalam siasatan SPRM yang diketuai Zain dan Arif.

Bukti yang mereka dapat hilang berikutan pembunuhan Tasya. Kematian wanita itu melenyapkan beberapa bukti kukuh. Namun, tanpa disedari wujud salinan transaksi kewangan yang ditinggalkan Tasya sebelum dia dibunuh.

Adakah kes berprofil tinggi ini dapat diselesaikan atas penemuan bukti dan penangkapan taikun besar serta konco pengamal rasuah ini sehingga membawa kepada penyelesaian kes? Saksikan kisah selanjutnya dalam drama Churam di TV2. Menarik sinopsis drama Churam ni. Mengupas cara bagaimana pihak polis membongkar kegiatan jenayah penyelewengan wang dan mencari bukti pembunuhan.

Pelakon Drama Churam
Azhan Rani, Anis Al-Idrus, Idris Mat Diah, Adam Corrie, Zaidi Omar, Bustaman Harun, Ruminah Sidek, Rashidah Jaafar, Talhah Harith dan Jay Iswazir.

Gambar Drama Churam
Sinopsis Churam, drama Churam TV2, pelakon Churam, gambar Churam, review Churam, cerita polis di TV2 Churam, kes jenayah, rasuah, penyelewengan wang, pembunuhan

Saksikan drama Churam
Tarikh Churam mula disiarkan: 16 Disember 2014
Hari: Selasa
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV2

3 comments

nmpk mcm menarik je drama ni..hehe..
btw,,iqha singgah sini smabil main klik2 nuffnang :))

da lama tak layan tv. . hari apa jer cerita nie ada?

pernah gak tengok drama ni dan ada beberapa org pelakon tmabahannya kawan-kawan ofis umie..hehehe


EmoticonEmoticon