Datuk Aziz Sattar meninggal dunia

Terkejut baca paper hari ni. Datuk Abdul Aziz Sattar telah meninggal dunia. Al fatihah buat arwah Datuk Aziz Sattar.

Foto

Samalam, baru terdengar yang arwah dimasukkan ke wad. Gara-gara serangan sakit jantung. Tak sangka jam 2 pagi semalam, arwah Datuk Aziz Sattar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allahyarham Datuk Aziz Sattar meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang.

Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital. Pengebumian ayah dijangka dilakukan pagi ini," – Sandakiah, anak perempuan Allahyarham Datuk Aziz Sattar
Sumber: Bharian

Mengimbas kembali zaman kegemilangan arwah Datuk Aziz Sattar. Berlakon bersama Tan Sri P Ramli dan S Shamsuddin menerusi cerita Bujang Lapuk. Sampai sekarang aku masih ingat cerita tu. Mereka 3 sahabat sering kelihatan bersama dalam lakonan. Di antara mereka bertiga, Allahyarham Datuk Aziz Sattar dikurniakan umur yang panjang. Sehinggalah usia Allahyarham Datuk Aziz Sattar menginjak 89 tahun.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Aziz Sattar. Moga rohnya dicucuri rahmat. Ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al Fatihah..

10 comments

al-fatihah.. nampak nya sudah berkhir trio bujang lapuk.. moga dtempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.. amin.. ~

Al fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat....

Innalillahi wa innailaihi roji'uun... turut berduka. Salam dari Pulau Dollar.

Al-fatihah dan takziah kepada keluarga arwah.. ='(

Al-fatihah dan takziah buat seluruh keluarga arwah.. 2 laa terkejut bila baca berita tentang arwah ni..


EmoticonEmoticon