AP Hours Mini Give Away

KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 31/01/2014

As salam buat rakan pembaca,

Mengumumkan...Yumida ada kenalan rakan blogger baru. Alhamdulillah..laman sosial banyak memberi manfaat pada diri Yumida. Rakan baru maya bertambah dari sehari ke sehari. Melebarkan ukhuwah ke seluruh dunia..hanya di hujung jari sahaja.

Terbaru...ehem-ehem...Yumida nak memperkenalkan pada korang semua. Penulis blog AP Hours.

Wajah blog AP Hours:
  

Siapa AP Hours?
Blogger yang mementingkan masa. Seperti mana tertera di header beliau dengan tagline ‘It’s about time’. Aah kan, sememangnya masa amat penting buat kita. Masa tidak akan menunggu kita so, kejarlah masa yang begitu berharga. Juga terselit dalam sepotong hadis berkaitan masa:

Blogger yang gemar akan kamera digital. Ini juga dikongsikan oleh beliau melalui artikel Fujifilm X100, My First Digital Camera, Meet Holga 120GCFN, Giant Instant Camera, Mamiya RB67 Pro S + Polaroid Back dan Film Camera, Sunset & me. See, luasnya pengetahuan beliau dalam bab-bab kamera ni. Yumida ada kamera Sony je.

Blogger yang menitikberatkan kesihatan. Melalui perkongsian artikelnya iaitu Managing Your Stress Effectively, Prostate Problems. What Should I Know?, 4 Ways To Cut Salt dan
 Strawberries And Its Benefits. Sangat bermanfaat artikel ni, moga mesej artikel ni membantu dalam pengurusan kesihatan kita.

Blogger yang gemar bercucuk tanam. Buktinya perkongsian artikel berkaitan kisah taman kebun seperti Bagaimana Menanam Strawberry (Bahagian 1), Bagaimana Menanam Strawberry (Bahagian 2) dan Jom! Tanam di Pasu Fasa 1/2014. Haaa…rasanya blogger AP Hours ni suka makan buah strawberry kot. Cara penanaman pun sangat terperinci dijelaskan. Yumida lak suka tanam cili dalam pasu. Senang nak petik bila pakai.

Sepatah dua buat AP Hours:

Moga perkongsian ilmu di antara kita akan sentiasa dikembangkan. Supaya pembaca di luar sana sentiasa mendapat faedah hasil pembacaan daripada blog kita. Sokongan daripada rakan blogger umpama suntikan motivasi menyemarakkan lagi dunia blogging. Salam berblogging AP Hours :)

Memandangkan AP Hours bakal menyambut hari jadinya tak lama lagi. Ingin Yumida dedikasikan kek special buat AP Hours. Nah…kek birthday istimewa..


 ‘Selamat meraikan ulang tahun kelahiran AP Hours. Moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, sukses dalam berblog, mendapat ramai rakan maya, dan berjaya dalam apa jua bidang yang AP Hours ceburi. Happy birthday!!!!!’

Last but not least, jom meriahkan GA yang dianjurkan oleh AP Hours. Tersedia hadiah menarik tau. Mana tahu korang antara yang terpilih sebagai pemenang bertuah. Kan rezeki tu.. Bez! Bez! Jom join…Klik je banner kat atas tu. All the bez rakan-rakan.

Psssssst! Jangan lupa join tau :)

2 comments


EmoticonEmoticon