Gurauan bertukar menjadi ketakutan

Masihkah korang ingat akan entryku pasal tv aku yang berhantu tu? Hihi…macam kelakar je bila tv tu dilabelkan sebegitu.

Kesinambungan mistik versus tenaga kinetik:

7 Januari 2014 jam 10 malam

Sedang asyik aku menonton tv, sekali lagi tvku meragam. Siaran Astro asyik tertukar siaran dengan sendirinya. Memandangkan dah beberapa hari benda ni berlaku. Makanya…kesimpulan aku mungkin ada masalah berkaitan decoder Astro tu.

Siaran seringkali pause dengan sendirinya. Kemudian, tertukar channel. Tidak cukup dengan itu, ada percubaan menekan nombor siaran Astro. Berulang-ulang kali! Remote hanya berada di tepi tanpa di usik sesiapa. Perasaan: annoying sungguh dengan decoder Astro!

Kemudiannya, berlaku perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini…volume tv dikecilkan. Tertera nombor yang semakin menurun. Then, dinaikkan semula. Semuanya berlaku dengan sendiri.

Sejurus selepas berlakunya perubahan mendadak pada volume tv tu, tv menunjukkan tiada siaran! Sebabnya??? Penukaran input yang menghubungkan decoder dan tv. Situasi yang membangkitkan sekelumit marah dalam diriku. Ye la, bila input tu tertukar, siaran tergendala dengan bunyi bingitnya! Menganggu betul!

Aku pun membebel depan hb. Iye..memang rasa sakit hati sangat. Nak tengok tv pun rasa tak aman, macam-macam gangguan datang. Yang tidak aku tahu apa puncanya. Kejadian tu berlaku berulang-ulang kali. Dengan gigihnya aku memperbetulkan kejadian yang sama.

Aku pandang kat hb, “lepas ni sure tv ni akan OFF sendiri”. Guess what?? Aah..tv tu terus OFF dengan sendirinya. Rasa seram mulai menerjah. Aku masih teringat yang mana sebelum ini, apa yang aku ucapkan berlaku dengan serta merta. Malah ini kali ke-4, tv itu ON dan OFF selesai sahaja aku berkata sebegitu.

Seram weh…walaupun pada dasarnya aku hanya bergurau. Tapi tak sangka gurauan itu benar-benar terjadi. Mana nak jumpa tv boleh ON, OFF dengan hanya arahan dari tuan dia. Aku terus tutup plug tv. Menakutkan…


27 comments

oh ho.... ngeri.. dan menakutkan, singgah menabung

jengjengjeng... seram giler... kalau malam2 lagi lagi ngeri.. huhuhu

mak aiii seramnyeee.... pandai pulak tv tu ikut arahan tuan dia... huhu

hahh? mungkin tv tu auto remote. dengar volumee je dia terus ikut arahan...heheee.... try to think positif...hikkk....

hahh? mungkin tv tu auto remote. dengar volumee je dia terus ikut arahan...heheee.... try to think positif...hikkk....

yumida baca ayat kursi pastu sembut kat decoder astro dan tv tu huhu.

try dulu beli tv baru.. kalau jd jugak mmg kene pindah umah la.. hehe...

jangan lupa cabut plug terus..takot wooo...
menabung

Saya baca pun jadi seram Yumida...
2x tyreplus sini.. :D

kalau masa tu sorang2 memang takut dah .. huhu

ngutik lalu jak tv ktk tok eh.. huhu.. apahal nya kedak ya owh?

hihi.. seram sangat tu.. cuba siasat betul2 k..

seramnya Yumida..dah macam boleh buat filem seram ni..hahaha...

memang seram yumida....sabar jer ler.....

problem kat switcher dia kut...

hehe.. lgi seram dari highland tower ni

ehh..pasal voleum tu, tv umah nur baru2 ni jadi..nur ingatkan tv rosak..hehehe

agaknya betul kot, decoker astro...

Tengah nak semayang tiba2 tv yg tadi pasang tv3 bertukar siaran ke 702.

Tengah nak semayang tiba2 tv yg tadi pasang tv3 bertukar siaran ke 702.

ada yang tumpang tengok sekali ke?


EmoticonEmoticon