Lazada Birthday Blogger Contest

Lazada Birthday Blogger Contest
Lazada Birthday Blogger Contest 

a. Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia?
Saya kalau singgah kat Lazada Malaysia, confirm melekat sampai 2-3 jam. Dari belek baju anak, mainan anak, tiba-tiba menyinggah pula kat barangan dapur. Tengok oven, stand mixer, blender, macam-macam la. Memang best tengok barang impian kat situ. Sebab nak survey-survey dulu. Tu yang buat Lazada Malaysia best! Banyak pilihan. Harga pun bermacam kategori. Lagi best sebab sentiasa ada diskaun. Sale!! Rambang mata tengok. Geram nak beli. Tapi tu la dalam proses mengumpul duit.

Saya juga install aplikasi Lazada Malaysia kat smartphone saya, sebab dari situ saya boleh tahu update pasal sale. Kat Lazada Malaysia lengkap segala macam jenis barang. Dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua, semua ada barang kat situ. Mudah nak pilih barang.

Barangan yang diperlukan juga juga turut dijual dalam website Lazada Malaysia. nak beli baju dan mainan anak, ada kat bahagian baby and toys. Nak beli stand mixer ada kat bahagian home and living. Nak beli jam cari je kat women dan men fashion. Nak beli handphone pun survey je kat electronics. Cukup mudah shopping kat Lazada Malaysia. Memudahkan pelanggan shopping 1 tempat je.

Proses pembayaran pun lancar. Direct je. Lepas tu nak tahu barang dah sampai mana, boleh track kat account kita. Nak refund pun dipermudahkan juga untuk pelanggan. Pengeposan pun cepat. Saya sangat-sangat suka shopping di Lazada Malaysia. Puas Hati. Service memuaskan. Kalau nak tahu, saya peminat setia a.k.a pelanggan tetap membeli pampers anak kat situ. Murah! Lazada memang best!

Antara yang best juga sebab Lazada Malaysia ada sediakan affiliate. Memberi peluang blogger macam saya menjana pendapatan.

b. Top tiga picks Produk dari Lazada Malaysia (tiga produk kegemaran anda)
1. DRYPERS Wee Wee Dry
Salah satunya adalah lampin pakai buang DRYPERS Wee Wee Dry L62. Selalu beli yang 3 pack tu. Harga RM89. Setiap bulan confirm belikan drypers ni untuk anak. Jimat. Harga ditawarkan oleh Lazada jauh lebih murah daripada harga di kedai. Sangat berpuas hati dengan kualiti drypers, jarang air kencing anak tembus.

2. Bakers Stand Mixer 5.2 Liter - Red 
Rujuk: http://www.lazada.com.my/bakers-stand-mixer-52-liter-red-6500642.html
Stand mixer ni produk idaman saya. Saya nak beli menjelang bulan ramadhan nanti. Sekarang dalam proses mengumpul duit. Saya nak guna stand mixer ni untuk buat kek raya tahun ni. Aaa bestnya! Tak sabar nak tunggu duit cukup terkumpul. Harga biasa RM1099, tapi lepas sale harga RM588. Juling mata sayang tengok. Tak sabar!

3. Set Of 3 Hard Shell Luggage Bags - Rose Pink 
Ini juga produk kegemaran saya: saya nak beli Set Of 3 Hard Shell Luggage Bags - Rose Pink. Ada 3 set luggage. Harga lepas diskaun adalah RM199. Suka sangat sebab luggage ni kaler pink. Dengan adanya 3 luggage ni, mudah untuk saya simpan barang-barang untuk travel ke mana saja. Main sorong je. Roda kan ada. 

c. Bagaimana untuk menambahbaik Lazada Malaysia?
Saya suggest kat Lazada Malaysia untuk memperbanyakkan lagi produk tudung jenis awning keras. Kebanyakan hijab yang dijual adalah jenis shawl sahaja dan soft awning. Pelanggan macam saya suka tudung awning keras (hard awning) tapi tak banyak pilihan.

Perbanyakkan produk telekung. Telekung pun tak banyak pilihan. Yang dijual harga sangat mahal. Harap pihak Lazada Malaysia dapat mencari seller yang menjual produk mereka pada kadar rate sederhana atau murah.

Menambah lebih banyak muslim wear yang plus size. Saiz sangat terhad. Terutamanya baju kurung, jubah dan maxi dress. Saiz perlu sampai ke 5xl, ataupun saiz 52. Kalau baju long sleeve memang ada saiz yang besar-besar, sampai saiz 5xl. Baju kurung, jubah dan maxi dress je saiz terhad.

Lebih banyak produk disenarai dalam EAST MALAYSIA SPECIAL. Supaya kami yang berada di Sabah dan Sarawak ni, dapat menikmati kos pengeposan yang murah dan penghantaran yang cepat. Terima kasih mewujudkan ruangan EAST MALAYSIA SPECIAL. Kami orang-orang Borneo ni rasa special di hati Lazada. Harap Lazada menambah banyak lagi produk dalam senarai EAST MALAYSIA SPECIAL ni.

d. Apakah ucapan selamat hari lahir anda untuk Lazada Malaysia?
Selamat menyambut anniversary ke-5 tahun buat Lazada Malaysia. Moga laman shopping online ni bertahan sampai bila-bila. Sudah banyak barang saya order dari Lazada, service yang sangat memuaskan. Saya sangat suka dan puas hati. Harapan saya, moga Lazada Malaysia berkembang maju, menambah lebih banyak variety produk, menjadi laman shopping online nombor 1 di Malaysia.

Ini adalah contest dari Lazada Malaysia, jika anda seorang blogger, anda dijemput untuk meraikan bersama anniversary Lazada dengan menyertai contest ini. Klik sini untuk sertai:

Sempena anniversary Lazada Malaysia ni, korang kena rembat barang super awesome ni dengan potongan diskaun sehingga 90%. Aaaaa! Harga asal RM199, lepas diskaun dapat RM19.80. MURAH GILER WEH! Terjah sini: SALE LAZADA SEHINGGA 90 PERATUS!!! [THE BIG SURPRISE]
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

5 comments

Good luck n all the best..

ye betul sangat tu..kalau akk pun melekat lama je dok belek lazada tu dlm hp sambil nak tido malam...rasa puas hati jamu mata ...kikikik