Ads i+n

❤ Persembahan bunga api meledum-ledam malam MERDEKA 2016. Memang WOW!!!
❤ Mari berjiwang! Dedikasi untuk Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
❤ Jiwang lagi. Ditujukan khas untuk Hari Malaysia 16 September
❤ Ibu bapa kena AMBIL TAHU perkara ini..jika sayangkan anak2
Mari mengorat! Pewit..>
❤ Zikir dodoikan anak sampai tidur lena
❤ Doa untuk ibu bapa - terbaik! Buat sesiapa membacanya rasa sebak

Celebrate Birthday Amirah Dalam Gelap. Blackout!

Kalau diikutkan 29 Julai 2016 ni umur baby Amirah genap 1 tahun. Memandangkan nak celebrate ramai-ramai kat rumah di kampung, kami pun sambut hari jadi baby Amirah ikut bulan Islam iaitu pada 13 Syawal. Raya ke-13. Tak sangka dah setahun aku bergelar mak. Syukur alhamdulillah..tu pun lepas menanti selama 6 tahun. Akhirnya muncul baby Amirah yang comel.

13 Syawal [18 Julai 2016] jam 7.45 malam tiba-tiba blackout. Budak-budak menjerit-jerit. Mujur semua makanan dah terhidang atas meja. Plan nak sambut lepas Maghrib, ditunda ke Isyak pula. Tunggu punya tunggu, api belum lagi datang, takda karan weh. Berbekalkan lilin je.

 
Kek birhthday baby Amirah – fresh cream berharga RM39 – style rainbow

 
Taraaa… baby Amirah siap pakai topi birthday lagi

Doa selamat dibacakan. Budak-budak berebut-rebut nak ambik patung atas kek. Hadiah pun dapat banyak, seplastik besar. Seronok tengok. Even majlis dalam gelap sedikit tapi tetap terasa meriah. Terima kasih buat semua yang memeriahkan majlis birthday Amirah hari tu, moga dimurahkan rezeki pada yang bagi baby Amirah hadiah. Tengkiu so much tau. Jam 9.10 malam barulah ada lektrik. Yey...
Terima kasih membaca Celebrate Birthday Amirah Dalam Gelap. Blackout!

3 comments:

  1. happy birthday bby amirah, sekejap je kan dh setahun berlalu....cantiknye kek, murah plak tu....

    ReplyDelete
  2. shomelllnya kek . heee . Happy Birthday Amirah ^^

    ReplyDelete
  3. dah besar dah dia..makin comel la...

    ReplyDelete