Baru je semalam, jalan beraya ke
rumah orang 27 Julai 2016 [22 Syawal]. Masih lagi ada hidangan kek dan biskut
di atas meja. Wah! Ini baru Raya! Kan Raya sebulan...
Gambar baby Amirah masa Raya hari tu
Ada sorang nenek kat kampung ni
sangat baik dan rapat dengan kami. Semalam terserempak dengan hb masa ramah
tamah di sekolah, so nenek tu pun jemput kita orang datang ke rumah. Hmm..on
the spot petang tu jugak jam 5.30 petang ke rumah dia.
Siap ada hidangan lemang betawi dan
kari ayam sebagai pencecah. So yummy. Sekali anak nenek tu hidangkan kek raya,
fuh banyak weh. Banyak jenis. Kek pun masih bagus. Mungkin di simpan dalam peti
ais/ freezer. Untuk elak kek berkuap / berkulat.
Excited nenek tu jumpa baby Amirah.
Siap diletak dalam buai, hmmm takdenye budak kecik tu nak tidur. Kuat bermain.
Sunyi pulak rumah nenek tu, hanya mereka 3 beranak je. Kalau dulu cucu2 dia
ada, sekarang cucu dia tinggal dengan mak ayah dia.
Jam 6.30 petang kami balik. Siap dapat
buah tangan lagi. Terima kasih nenek sekeluarga sebab jemput kami datang beraya
ke rumah. Moga nenek diberikan kesihatan yang baik, sihat walafiat, murah
rezeki, panjang umur.
9 comments
meriahnya raya yumida...takpe raya kan sebulan
wah..comelnya dia...
Comelnya baby Amirah....Selamat Hari Raya dan maaf zahir dik...
kiss from aunty to baby amirah..muaaah3x ;)
comelnya amirah
comelnye dia...cantik bajunye....kiut kaler pink...
That is very interesting; you are a very skilled blogger. I have shared your website in my social networks..!
Online Reputation Management
meriahnya.. comel laa amirah tu..
بسم الله الرحمن الرحيم عميلنا العزيز نحن نقدم افضل خدمات تنظيف المجالس والشقق بافضل انواع التنظيفات المشهود لها عالميا
شركة تنظيف مجالس بالطائف
شركة تنظيف مجالس بجازان
شركة تنظيف مجالس بحائل
ونحن فى خماتكم 24 ساعة على مدار الشهر
EmoticonEmoticon