Janin Kembar Hidup Dalam
Perut Remaja Lelaki 15 Tahun | Gempar bila seorang lelaki berusia 15 tahun
hamil anak kembar. Lebih mengejutkan ianya berlaku di Malaysia iaitu di Sungai
Petani. Termasuk la aku yang menonton tv semalam, berita di TV3, janin kembar
yang terpaksa dikeluarkan dari perut remaja lelaki melalui pembedahan. Tengok gambar
macam menggelikan, ngeri. Nampak anggota tangan janin dan rambutnya yang
panjang. Korang ada tengok jugak?
Selepas mengalami sakit perut, muntah-muntah,
Shahril terus dihantar ke hospital. Shahril sendiri terkejut apabila mengetahui
‘makhluk’ yang dikeluarkan menerusi pembedahan itu merupakan kembar yang tumbuh
secara parasit.
Gambar janin kembar dalam perut Shahril |
Apa itu fetus in fetu
1. Kembar parasit atau fetus in fetu adalah satu perkembangan abnormal
yang dikenali sebagai janin dalam janin. Seperti mana berlaku pada Shahril,
remaja lelaki yang hamil janin kembar/ kembar parasit.
2. Terdapat dua teori bagaimana keadaan tidak normal ini berlaku:
Punca kembar parasit berlaku disebabkan oleh embrio kembar tidak
terpisah sepenuhnya dan membesar di dalam tubuh pasangan kembarnya.
Punca janin kembar fetus in fetu juga disebabkan oleh perkembangan
teratoma iaitu ketumbuhan terdiri daripada tisu pelbagai jenis yang bentuknya
berbeza daripada bentuk asal tisu organ berkenaan.
3. Keganjilan ini dianggarkan berlaku 1 dalam 500,000 kelahiran.
Antara kes yang berlaku sama kepada orang lain:
- di India pada 1999 apabila seorang lelaki berusia 36 tahun mengalami
fenomena sama yang dipanggil fetus in fetu.
- di Indonesia pada 2013, ia dipercayai berlaku pada awal peringkat
kehamilan apabila salah satu janin kembar menyelaputi tubuh janin yang satu
lagi.
Selama 15 tahun, janin kembar tersebut berada dalam perut Shahril. Lama-kelamaan
janin tersebut membesar, bahkan gaya pemakanan Shahril pun berbeza dari remaja
lain, lebih banyak kuantiti makanan dimakan. Rupanya ada yang ‘menumpang hidup’
secara parasit dalam perutnya. Kes yang sangat unik. Janin kembar hidup dalam perut remaja lelaki 15 tahun. Sungguh luar
biasa! Alahmdulillah segalanya kembali normal selepas pembedahan tersebut. Moga
Shahril sembuh dengan cepat.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
5 comments
alhamdulillah...akhirnya tahu jugak kenapa sakit tu melarat sampai 15 tahun...nampak kurus je dia kan...
Kebesaran Allah..
viral dekat fb cerita ni kan?
Kuasa Allah kan.. Yang lebih menakjubkan.. Allah pelihara kesihatan dia.. Dapat hidup elok cuma kuat makan je..