Ada rakan-rakan
anda yang dah berkahwin? Tapi mereka belum dikurniakan cahaya mata? Belum mempunyai
anak. Belum bergelar ibu walaupun sudah bertahun-tahun berkahwin. Pertanyaan soalan,
‘kau ni bila nak beranak? Seronok eh hidup single takde anak, mesti puas enjoy.
Pastinya soalan sebegini membuatkan rakan kita tadi berasa kurang senang.
Apatah lagi
jika diajukan soalan panas yang benar-benar sensitif bagi mereka. Jika sekadar
ingin tahu, tidak mengapa. Bertanyalah dengan cara yang baik. Janganlah sampai memerli si dia. Mereka yang
sudah berkahwin, belum dikurniakan rezeki anak..ingatlah, setiap orang
mempunyai bahagian rezekinya masing-masing. Malah setiap dari kita sudah
tertulis suratan takdir, jika Allah telah menetapkan seseorang itu lambat mendapat
anak, janganlah kita mendesak rakan kita dengan bermacam persoalan hingga
membuatkan dia terasa hati.
Berdasarkan pengalaman
aku sendiri, ya..soalan-soalan sebegini memang menambah stress. Pernah seseorang
bergurau dengan anaknya yang masih kecil dengan mengatakan, “adik (anak dia) nak
tinggal dengan kakak ni? (merujuk aku). akak ni tak ada anak. Nanti puas adik
main dengan kakak ni”. walaupun sekadar bergurau, tapi gurauannya itu amatlah
membuatkan aku rasa kurang selesa. Malah ada yang bergurau kasar, “kau tak
pandai buat seks kot, tu pasal tak dapat anak”.
Jadi, sebelum
kita berkata-kata, bertanyakan soalan sensitif lagi panas pada mereka yang
masih di duga dalam mendapatkan anak, berfikirlah dahulu agar ianya tak mengguris
perasaan rakan kita.
Apatah lagi
jika si rakan kita tadi dah bermacam usaha dalam mendapatkan zuriat. Makan
jamu, supplement, berurut, rawatan kesuburan, pun masih belum ada rezeki anak
lagi. Fahamilah mereka. Berpada-padalah dalam bertanya.
Alhamdulillah,
syukur ke hadrat ilahi, selepas 6 tahun berkahwin, akhirnya Allah makbulkan
doaku. 29 Julai 2015, lahirlah baby comel bernama Amirah Alya.
Ini kisahku..
10 comments
setuju anum salah seorang mangsa
itulah Yumida, dulu akak selalu salah tanya soalan ni.Sekarang akak dah lebih sensitif.Lebih elok kita tunggu respon kawan kita tu kalau-kalau buka ceria pasal anak.Kalau takde tu, tak payahlah nak buat peramah sangat.
bila dah ada anak satu tanya pulak bila nak tambah lagi. begitulah seterusnya. cie boleh andaikan orang camni low IQ. sorry to say la.
thanks Yumida memahami apa yang dilalui oleh mereka yang takde zuriat.
SETUJU !!
Alhamdulillah...tahniah dah dapat baby ye, doakan saya juga :)
tahniah.. berkat kesabaran..
Yea btul tue...
Indeed, tak perlu pun nak sibuk sangat ambil berat hal2 yang terlalu sensetif kan :)
Betul tu.
EmoticonEmoticon