Sukakan
benda yang kreatif? Jom kita buat bakul dan alas gelas berasaskan straw
minuman. Ala yang untuk sedut air tin tu. Nak buat bakul yang lebih cantik,
pilih straw minuman yang ada bergaris-garis tu. Kompom cantik!
Gambar
bakul dan alas gelas diperbuat dari straw minuman tin
Cara Buat Bakul Dari Straw Minuman
1.
Kumpul straw minuman sebanyak yang boleh. Bergantung pada saiz bakul yang kita
nak buat. Kalau nak bakul kita berwarna-warni, kita pilih straw yang ada banyak
warna.
2.
Lipatkan straw seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
3.
Untuk menahan lipatan straw, kepitkan menggunakan pengepit kertas.
4.
Lipat bakul mengikut acuannya. Potong straw yang berlebihan pada hujung bakul.
Siap!
Hasilnya
korang boleh tengok seperti foto tersebut. Yeah..hasil kerja yang unik dan
kreatif. Bakul straw DIY (do it yourself). Straw, bahan kitar semula yang boleh
dijadikan hiasan di rumah dan pejabat. Bakul straw ni boleh digunakan untuk
letak alat tulis, handphone, kunci kereta, remote control tv dan sebagainya.
Jangan
tak tahu, bakul straw ni juga ada di jual di kedai seni. Boleh buat duit tau.
Nak dijadikan sebagai hadiah pun boleh. Kreatif sangat-sangat! Selamat
mencuba!!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
9 comments
assalam
nampak senang tapi kalau yang tda daya kreativiti mcm sy ni,susah juge ler. :)
nice ! boleh cuba nii.. hehe
menariknya...dah lamer xbuat craft dr straw...
boleh wat bisnes ni..hehe
Cantikk la kasi kat akk satu hahaa
ini kreatif ni. tgn kena ada seni dan kerajinan br boleh buat. hehe
comelnya, rumit gak tu kan yumida, nak nak tangan dah keras ni hihi :)
salam singgah sini yumida...kreatifnya...suka tengok....
kreatifnya.. tangan macam dah kurang seni nak buat benda macam nih..