Punca & Cara Atasi Masalah Kencing Kotor

Masalah Kencing Kotor Berpunca Jangkitan Pundi Kencing
Kencing kotor ni sering terjadi di kalangan wanita terutamanya bagi ibu hamil. Ia amat merisaukan ibu mengandung kerana jika tahap kencing kotor ni mencapai tahap bahaya ia boleh merisikokan bayi yang dikandungnya. Info lanjut baca di sini: Jangkitan kuman pada pundi kencing ketika hamil.

Jangkitan pundi kencing biasanya dikenali sebagai “cystitis” atau keradangan pada pundi kencing. Berdasarkan kajian, anggaran 20 peratus dari golongan wanita sekurang-kurangnya akan mendapat sekali jangkitan seumur hidup mereka.

Punca kencing kotor, cara atasi masalah kencing kotor, cystitis, cara selesaikan penyakit kencing kotor, seks punca jangkitan pundi kencing, ibu hamil mengalami kencing kotor, jangkitan kuman pada pundi kencing ketika hamil, cara kesan untuk tahu jika terkena kencing kotor, buat pemeriksaan air kencing, urine test untuk kencing kotor

Cara Kesan Untuk Tahu Jika Terkena Kencing Kotor
Cara untuk mengesan jika seseorang terkena kencing kotor ialah dengan membuat pemeriksaan air kencing (urine test). Jika warna air kencing keruh seperti level bahaya yang ada pada urine test tersebut, maka anda berkemungkinan mempunyai kencing kotor.

Punca kencing kotor, cara atasi masalah kencing kotor, cystitis, cara selesaikan penyakit kencing kotor, seks punca jangkitan pundi kencing, ibu hamil mengalami kencing kotor, jangkitan kuman pada pundi kencing ketika hamil, cara kesan untuk tahu jika terkena kencing kotor, buat pemeriksaan air kencing, urine test untuk kencing kotor

Punca Kencing Kotor
Kebanyakan jangkitan pada pundi kencing adalah disebabkan oleh beberapa jenis kuman, terutamanya E.coli .Ianya adalah sejenis bakteria dan kebiasaannya hidup di dalam saluran penghadaman (usus) dan di bahagian kulit sekeliling dubur.

Agak sesuatu yang lazim juga bagi wanita mengalami jangkitan pundi kencing selepas melakukan hubungan seks. Persetubuhan yang dilakukan melalui faraj akan memudahkan bakteria ini sampai ke pundi kencing melalui saluran urethra.

Realitinya pencemaran bakteria boleh berlaku di kalangan wanita semasa mengesat dubur dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Bakteria dalam faraj mungkin akan naik ke pundi kencing semasa melakukan hubungan intim.

Punca kencing kotor, cara atasi masalah kencing kotor, cystitis, cara selesaikan penyakit kencing kotor, seks punca jangkitan pundi kencing, ibu hamil mengalami kencing kotor, jangkitan kuman pada pundi kencing ketika hamil, cara kesan untuk tahu jika terkena kencing kotor, buat pemeriksaan air kencing, urine test untuk kencing kotor

Cara Atasi Masalah Kencing Kotor
Jadi pergi ke bilik air selepas melakukan hubungan intim dengan suami. Cuba buang air kecil, bagi mengosongkan pundi kencing yang mungkin mula dimasuki bakteria. Bersihkan kemaluan dengan pencuci yang disyorkan. Dengan penjagaan yang betul dan rapi, insha Allah ia dapat menghindarkan masalah kencing kotor di kalangan wanita. Kredit: Jangkitan pundi kencing undang kencing kotor

3 comments


EmoticonEmoticon