Pernah
makan buah tin? Atau dikenali juga
sebagai buah ara. Biasanya, orang
balik dari haji atau umrah akan membawa makanan dan buah-buahan dari Mekah.
Buah tin antara buah-buahan popular di Arab Saudi. So, dapat la jugak aku
merasa isi buah tin ni.
Gambar
buah tin yang penuh khasiat!
Haaa,
jangan tak tau buah tin ni banyak khasiatnya! Kandungan buah tin yang banyak
nutrient ni memberi kelebihan dan kebaikan buat kesihatan kita. Jom selongkar
apa manfaat yang diperoleh menerusi buah tin.
1. Buah tin membantu menurunkan tekanan darah tinggi
Bagi
yang menghidap tekanan darah tinggi, anda disyorkan untuk mengambil buah tin.
Sebab apa, buah tin ni kaya dengan potassium. Potassium merupakan sejenis
mineral yang membantu mengawal tekanan darah. Pengambilan buah yang mengandungi
potassium seperti buah tin ni secara konsisten, memberi kesan positif buat
pesakit darah tinggi.
Pokok buah tin
2. Buah tin membantu menurunkan berat badan
Buah
tin adalah sumber serat yang baik dan mampu membantu penghadaman selain memberi
rasa kenyang berpanjangan. Bila perut sentiasa rasa kenyang, kuranglah aktiviti
kita menguyah di dapur. Dengan itu, diet pemakanan kita terjaga dan kita mampu
mendapat berat badan yang ideal.
3. Buah tin melindungi diri dari kanser barah payudara
Pengambilan
serat yang tinggi seperti buah tin mampu melindungi wanita yang sudah menopaus
daripada barah payudara. Satu kajian membabitkan 51,823 wanita menopaus selama
lapan tahun mendapati terdapat pengurangan risiko sehingga 34 peratus bagi kumpulan
yang mengambil serat yang tinggi dalam diet mereka.
4. Buah tin membantu pesakit diabetes
Daun
buah tin juga mempunyai peranan dalam menjaga kesihatan kerana ia memiliki
bahan anti diabetik yang mampu mengawal jumlah insulin diperlukan bagi pesakit diabetes
yang mengambil suntikan insulin.
5. Peranan buah tin dalam menjaga kesihatan jantung:
kardiovaskular
Daun
buah tin juga mengandungi bahan yang mampu menyingkirkan lemak dalam saluran
darah serta melindungi diri dengan menghalang pertumbuhan sel barah.
6. Buah tin melindungi diri dari kemerosotan makular
Buah
tin mampu melindungi penglihatan yang merosot disebabkan faktor usia semakin
lanjut. InshaAllah, kalau diamalkan buah tin ni berterusan walau hingga ke tua,
ia membantu penglihatan kita.
7. Buah tin membantu masalah sembelit
Kandungan
serat yang tinggi iaitu kira-kira lima gram serat bagi tiga biji buah tin
membantu melancarkan fungsi usus, seterusnya mengelak sembelit. Bukan saja usus
menjadi sihat, buah tin turut menyelesaikan masalah perut meragam dan juga
cirit-birit.
8. Buah tin menghindari kanser kolon
Serat
yang ada dalam buah tin merangsang penyingkiran radikal bebas dan bahan
penyebab kanser dalam kolon.
9. Buah tin menguatkan tulang
Buah
tin kaya dengan kalsium dan fosforus. Bukan saja menguatkan tulang dan
mengurangkan risiko osteoporosis, ia juga menggalakkan pertumbuhan tulang dan
memperbaiki bahagian tulang yang rosak.
10. Buah tin melegakan sakit tekak
Lendir
yang banyak di dalam buah tin memiliki sifat penyejuk dan mampu merawat sakit
tekak serta melindungi tekak daripada masalah kesihatan. Malah, lendir itu
adalah jus semula jadi yang melegakan kesakitan pada kerongkong dan peti suara.
Kredit:
Khasiat buah tin
Buah tin kering
Cara memilih dan membeli buah tin kering:
Buah tin
kering banyak dijual di pasaran. Jadi untuk pemilihan buah tin kering terbaik,
belilah yang jenis lembut, bebas kulat dan masih harum baunya.
Buah tin segar
Cara menyimpan buah tin segar:
Bagi
buah tin yang segar pula, anda perlu simpan di dalam peti ais dan diletakkan
dalam bekas bertutup bagi mengelak ia dirosakkan oleh makanan lain ataupun
mengering. Penyimpanan yang betul membolehkan buah tin segar dapat dinikmati
kesegarannya untuk tempoh yang lama.
13 comments
Saya pun suka makan buah tin ni Umi
mmg banyak khasiat...tapi sally tak suka sangat..hihihi...kalau kering je boleh telan :P
perkongsian yg bagus..
anum suka sangat buah nie
Tak pernah lagi merasa buah nie...
Kat Malaysia ni dah ramai yang tanam buah tin ni secara komersil
Assalamualaikum awak.. Subhanallah.. banyak sungguh khasiat setiap kejadian tumbuhan dan buah-buahan..
yup khasiat buah tin untuk kesihatan kita tak terkira hebatnya
alhamdulillah.. buah khasiat penuh nutrient macam buah tin ni memang bagus untuk kita amalkan
pernah makan buah tin yang jenis kering tu. yang orang selalu bawa balik dari mekah. pun sedap
alhamdulillah.. buah ara ni memang terkenal bukan sahaja sedap tapi berkhasiat
nanti kalau ade yg sedekahkan buah tin ni especially orang balik dari haji, try la, agak sedap jugak
oh ye ke, saya baru tahu buah tin ni ada ditanam kat malaysia. informasi bermanfaat. alhamdulillah lepas ni mudah la nak bantu untuk rawat penyakit n bermanfaat dlm bidang perubatan
EmoticonEmoticon