Pengeluaran wang di
mesin ATM yang dikenakan GST melampau:
"Keluar
duit sendiri pun kena GST, kalau keluar RM1,000 kita akan dikenakan GST
RM60," ini antara mesej yang menjadi viral tersebar
dengan meluasnya di laman sosial. Gerun? Kalau bagi aku, memang la. Giler kalau
GST dipotong sebanyak tu. Just untuk sekali pengeluaran. Duit tak banyak, kena
lagi potongan GST setinggi tu. Mau tak simpan duit bawah bantal je nanti. Jangan
risau, ianya TIDAK BENAR!
Gambar viral ATM kenakan GST melampau
Gambar resit pengeluaran wang dari
mesin ATM tersebut menjadi viral dan tersebar berkenaan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan bermula 1 April 2015.
Bulan depan ye. Jadi, seram seriau la
rakyat Malaysia bila pemahaman mengenai GST seperti di atas. Semua takut nak
keluarkan duit dari ATM. Isu mesej viral ATM versus caj GST ni
rasanya dah berlalu 2 minggu yang lepas. Time tu, heboh orang memperkatakan
pasal GST.
GST Malaysia berkadar 6 peratus
Penjelasan
sebenar tentang caj GST pada pengeluaran wang ATM
Pengeluaran wang tunai hanya akan dikenakan GST apabila membuat pengeluaran menggunakan perkhidmatan MEPS. MEPS kan ada pada setiap kad ATM korang tu. Sebagai contoh, kad CIMB bank yang dikeluarkan menggunakan mesin ATM Maybank akan dikenakan GST. Jika menggunakan mesin ATM CIMB tidak akan dikenakan GST. GST tidak dikenakan kepada jumlah pengeluaran wang tunai tetapi bagi setiap transaksi pengeluaran iaitu sebanyak RM1.06 berbanding RM1 sebelum ini - Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad
Pengeluaran wang tunai hanya akan dikenakan GST apabila membuat pengeluaran menggunakan perkhidmatan MEPS. MEPS kan ada pada setiap kad ATM korang tu. Sebagai contoh, kad CIMB bank yang dikeluarkan menggunakan mesin ATM Maybank akan dikenakan GST. Jika menggunakan mesin ATM CIMB tidak akan dikenakan GST. GST tidak dikenakan kepada jumlah pengeluaran wang tunai tetapi bagi setiap transaksi pengeluaran iaitu sebanyak RM1.06 berbanding RM1 sebelum ini - Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad
Kredit: Viral
ATM Dikenakan Caj GST
Dah! Dah! Jangan risau tak tentu
pasal. Pada pihak penyebar berita tak benar tu, usahlah merumitkan keadaan. Jangan
sebar informasi yang salah. Sebelum perlaksanaan GST ni, ramai dah bagi respon negatif.
Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)
ni bakal dilaksanakan bermula bulan April depan. Meh menunggu dengan sabarnya.
Teori mekanisme GST
*Ramai yang meramalkan kesan selepas
GST dilaksanakan, barangan harga pasaran bakal melambung naik. Iye ke? Termasuk segala
caj perkhidmatan. Nanti kita sama-sama tengok. Jangan buat kesimpulan melulu dulu. Wait and see. GST untuk kesejahteraan ekonomi negara dan pengguna. Hope tiada peniaga yang
mengambil kesempatan.
15 comments
tu la.. jgn percaya bulat2.. kaji dlu.. ini x, men percaya je..
tunggu jelah bila gst nanti dilancarkan..
tunggu je lah
itu yg sebaiknya dilakukan. bila baca khabar angin kena kaji dahulu. teguran jugak dibuat pada penyebar khabar angin, jgn suka sebar berita yg belum pasti kesahihannya. especially kat facebook
yup tunggu perlaksanaan gst april kelak
aah menunggu dgn penuh kesabaran and santai2..
Hehehe.. jiran saya orang CIMB .. dia gelak je.
Skrang dalam resit memang dah ada GST tu, cer tgk resit minyak .. ada tulis, resit kedai runcit tertentu pun dah ada.
:) baru perasan baru2 ni
Assalamualaikum yumida. sheila rasa memang akan naik banyak. especially yang sediakan perkhidmatan. contohnya kedai makan.. hahahhaha. pasni kena saving, makan kat rumah hari2. takpun bawak bekal pergi mana2 ehehehehe
wah beruntungnye berjiran dgn org bank..bila ada byk persoalan pasal bank blh lepak dgn jiran sblh
aah perasan. aritu ade tgk kat resit minyak. part tax dia letak 0, belum perlaksanaan lg
aah bawak bekal dri rumah lebih jimat. tp kengkdg makanan kat kedai mmg akan menggoda iman kita. nak2 yg tgh panas berasap..hmm sedap dimkn on the spot
hahaha..kalo betul mcm tu mmg tiap kali nk kluar duit je ketar perut2.hahaha lps ni msg2 guna atm yg sma dgn kad ye.abis cerita =)
Keputusan cabutan bertuah dah keluar. Sila view dan email kan maklumat diri :)
http://dyllarezan.blogspot.com/2015/03/cabutan-bertuah-segmen-blogwalking.html
aah pilih atm yg sama dgn kad. tp kad sini terhad pulak atm dia. al maklum la, bandar kecik.
tq so much :)
EmoticonEmoticon