Manfaat & Khasiat Sirih

Sirih dan wanita tak dapat dipisahkan. Sebab sirih ni banyak manfaatnya! Daun sirih mengandungi eugonol yang bersifat antifungus, juga mengandungi antiseptik yang boleh menghalang pembiakan bakteria pada kulit kita. Produk kosmetik sirih yang aku biasa tengok kat kedai ialah feminine wash. Produk untuk mencuci bahagian faraj atau vagina wanita.

Khasiat sirih, fungsi dan kegunaan sirih, kelebihan dan kebaikan sirih, manfaat sirih dalam perubatan dan kecantikan, gambar daun sirih, produk berasaskan sirih, sireh, pencuci wanita, feminine wash
Daun sirih

Manfaat dan khasiat sirih:
- Kegunaan sirih untuk menghilangkan sakit tekak, bengkak di bahagian tekak dan batuk berkahak.
- Sirih sebagai pencuci bahagian faraj atau vagina bagi menangani masalah keputihan, menghilangkan bau, gatal-gatal atau jangkitan bakteria.
Khasiat sirih, fungsi dan kegunaan sirih, kelebihan dan kebaikan sirih, manfaat sirih dalam perubatan dan kecantikan, gambar daun sirih, produk berasaskan sirih, sireh, pencuci wanita, feminine wash sumber ayu
Produk pencuci bahagian wanita berasaskan sirih - feminine wash Sumber Ayu 

- Khasiat sirih juga adalah untuk membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk wanita berpantang.
- Fungsi sirih untuk menghalang dan menghentikan hidung berdarah.
- Daun sirih mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal kulit seperti kurap dan kayap.
- Kebaikan sirih dapat membantu menghilangkan bisa dan bengkak kesan gigitan serangga dan tebuan.
- Sirih bermanfaat menghilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
- Kelebihan sirih juga ialah dapat mengurangkan demam panas serta kembung kanak-kanak.
- Menghilangkan sakit kepala, gatal dan kelemumur.
- Bantu menghilangkan parut jerawat dan jeragat selain melembapkan kulit, melebatkan bulu kening dan dijadikan masker.
- Daun sirih juga digunakan sebagai bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.
- Merawat penyakit sendi dan bisa tulang.
Kredit: Khasiat Sirih

Khasiat sirih, fungsi dan kegunaan sirih, kelebihan dan kebaikan sirih, manfaat sirih dalam perubatan dan kecantikan, gambar daun sirih, produk berasaskan sirih, sireh, pencuci wanita, feminine wash

Haaa begitu la banyaknya manfaat dan khasiat sirih ni. Daun sirih ni memang popular sejak zaman dahulu lagi. Bila dahi lebam dek terhantuk, daun sirih ni juga akan dipanaskan di atas api, kemudian ditepek kat bahagian yang lebam tadi tu. Tujuannya untuk mengurangkan kesan lebam. Malah sirih juga dijadikan sebagai makanan orang dulu-dulu. Cuma generasi sekarang je tak makan sirih. Ker…korang pernah try test makan sirih ni. Rasanya apa erk?

13 comments

sirih memang banyak manfaat dan kelebihannya...

Salam singgah pagi dik Yumida...lamanya baru dpt singgah sini...rindu sangat...

Sirih memang terkenal dengan khasiat dan banyak manfaatnya..

hehe macam tak sedap je makan sirih :P

aah betul tu kak. sirih terkenal dlm perubatan, kesihatan dan kecantikan

lama x dgr khabar akak. hope akak sentiasa diberi kesihatan yg baik. aah kat umah pun yumida pakai feminine wash sirih tu

memang kalau produk pembersih wanita ni mesti berasaskan daun sireh.terbukti khasiat nya..Akak dulu guna sumber ayu tapi macam tak best sebab cepat habis..dia kan cair..sekarang guna yang lain;..lebih pekat dan jimat..:)

hihi tu la mesti rasa pelik. klo org tua makan sekaligus dgn kapur n pinang. macam sedap jer diorang kunyah

sama2 juga kak. sy pun suka tukar2 produk. banyak jenis produk pembersih wanita yg sy guna. salah satunya sumber ayu.

Kita TAG awak
http://fuzamusa.blogspot.com/2015/02/liebster-award-feb-2015.html

bw here
Nuffnangers who recently viewed your blog


Sirih ng banyak khasiatnya..


EmoticonEmoticon