Mudah
la sangat! Kikiki… Iye la, kalau kita tak gunakan peluang yang diberikan, rugi
la kita kannn. Sebab bagi aku sendiri, itulah cara paling mudah dan paling jimat untuk langsaikan hutang pinjaman PTPTN ni. Nak tahu caranya? Alaaa yang
tengah famous tu!
Buat bayaran balik PTPTN dengan cara bayar secara konsisten setiap bulan atau buat bayaran penuh sekaligus. Jimat..pasal ada tawaran diskaun
diberikan. Kena ingat, tawaran diskaun dan rebat ni ada had tempohnya. So, rebut peluang
yang ada untuk nikmati pembayaran super mudah dan jimat ni.
Yang
nak menikmati potongan harga diskaun
PTPTN sebanyak 20%, korang kena rebut peluang ni. Sebab ia bakal berakhir penghujung bulan ni, 31 Mac 2015.
Alhamdulillah, aku dahpun gunakan peluang diskaun 20% ni, bayar penuh PTPTN
pada November tahun lepas. Syok ar…untung! Banyak penjimatan situ!
Mula-mula
bayar PTPTN dulu, macam tak berganjak je amount baki hutang. Dah la time tu bunga (interest PTPTN) berkadar 3%.
Lepas bertukar pada Ujrah, baru kadar bunga turun ke 1%. Sempena
pengumuman Bajet 2015 tahun
lepas, ada diwar-warkan sekali berita baik buat peminjam PTPTN. Pemberian diskaun 20% dan rebat 10% PTPTN.
Memang berita baik punye la!
DISKAUN 20
PERATUS PTPTN
Diskaun 20% diberi kepada peminjam
yang mahu membayar sekaligus (bayaran penuh/lump sum) sehingga
Mac 2015.
REBAT 10 PERATUS
PTPTN
Rebat 10% jika peminjam PTPTN buat
bayaran balik pinjaman berterusan (bayaran bulanan) sehingga 31 Disember 2015
Akulah
antara peminjam PTPTN yang merebut peluang sempena
pemberian rebat dan diskaun bayaran balik PTPTN.
Siapa yang takmo kannn.. 20% tuuu.. Jimat…Jimat!
Bagus jugak kan, diorang buat sistem macam ni, beri semangat buat peminjam untuk buat bayaran balik. Pada masa
yang sama, ianya sangat membantu
kewangan si pembayar PTPTN.
Throwback: Pernah jugak la aku gunakan
cara ni untuk buat bayaran balik: Bayar
Hutang PTPTN Melalui Nuffnang. Alhamdulillah,
sedikit sebanyak memang membantu aku mengumpul wang. Lepas dah habis bayar
PTPTN, income berblog yang dulunya aku selalu guna untuk bayaran PTPTN, kini
aku buat tabungan. Yey!
Informasi:
Terkini, BR1M
penentu jumlah pinjaman PTPTN pelajar. Haaa, nak tahu
lebih lanjut, kena baca artikel tersebut. Buat yang masih dalam proses membuat bayaran balik, buatlah secara konsisten. Gunakan rebat 10% untuk korang dapat penjimatan,
tawaran sampai hujung Disember 2015
ni tau. Masih ada peluang lagi.
10 comments
great sharing
nak byr lump sum tu pk jugak nak cekau mn duit hehehe..
sgt byk hutang kmk hahahaha!
baguslah ada insentif macam ni, kalau tak bayar juga tak taulah nak cakap macam ni. hehe, tapi patut dipanjangkan lagi tarikh macam tu.
alhamdulillah..bebas dri hutang
tips mudah buat peminjam bayar hutang ptptn. moga2 dapat membantu mereka
bayar lump sum buat mereka yang ada baki hutang ptptn. bergantung pada simpanan mereka. sebab dgn diskaun 20% dapat jimat banyak.
kalau belum ada wang mencukupi utk bayar penuh, boleh bayar secara konsisten, macam dicadangkan kat atas. dapat rebat 10%. pun masih jimat jugak kat situ.
hihi...sikpa bayar slow. janji dibayar nak. sak amount makin berkurangan
aah tempoh kena panjangkan lagi. actually pemberian rebat dan diskaun ptptn dah diberikan tempoh bermula tahun lepas.
diskaun 20 peratus berakhir hujung bulan mac ni. rebat 10 peratus pulak sampai bulan disember 2015 ni.
wah hutang,,,,,pelajar sekarang berhutang macam2..
EmoticonEmoticon