Terbang bersama Mas Wings Twin Otter

Cuti seminggu di kampung dah habis dah. Hari ni flight balik ke rumah jam 12.30 tengah hari. Doakan moga dilancarkan perjalanan kami hari ni.

Penerbangan dari Kuching ke Mukah mengambil masa kira-kira 1 jam 10 minit. Kalau pakai jalan darat, perjalanan memakan masa 11 jam. Memandang menggunakan penerbangan domestik, terbang dalam negeri. So, pilihan yang ada hanya Mas Wings. Nak naik Air Asia tapi takde terminal kat kawasan Mukah ni. Hihi.. Melainkan kalau turun kat Sibu. Tapi jauh nak ke situ. Air Asia..tambangnya agak murah kalau kita beli time promosi. Kalau Mas Wings…erk…jarang dengar ada promotion. Harga tiket standard RM145.00 untuk 1 way.

Terbang bersama Mas Wings Twin Otter, harga tiket Mas Wings Twin Otter, gambar Mas Wings Twin Otter, penumpang Mas Wings Twin Otter

Berbicara pasal Mas Wings Twin Otter, badan pesawat comel je. Ni pesawat terkecil yang bawak penumpang. Dalam Mas Wings Twin Otter hanya memuatkan 19 orang penumpang sahaja. Takde pramugari yang cantik tu, takde pramugara yang ensem kacak bergaya. Toilet pun takde. So, before naik Mas Wings Twin Otter better buang air kecil, air besar terlebih dahulu. Agar tenang berada dalam pesawat twin otter.

Bersyukur dengan kemudahan yang ada. Sekurang-kurangnya, dengan adanya Mas Wings Twin Otter memendekkan masa perjalanan. Last week, masa balik hari tu kita orang pakai pesawat Mas Wings Twin Otter baru!!! Patut la dari jauh nampak cantik berseri-seri je. Malah ruangan dalaman agak luas sedikit berbanding pesawat lama. Cantik!

15 comments

mas wings.. selalu senior ckp tpy xthu plk bentuk dia.. hehe
begitu bentuk dia...

semoga selamat perjalanan...

Lain rasa mun kecik jak nak ;D hee

Menarikkan..penerbangan sebegini memudahkan serta memendekkan masa perjalanan..

tak pernah lagi dengar ni..moga selamat sampai ye dik

Assalamualaikum & Salam Perkenalan...
Jom imarahkan Ramadhan dan join GA saya ni :
http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html

bagusnyaa.. syukur ada mas wings nih.. cepat je sampai..:)

Tak pernah lagi lya naik mas wing


EmoticonEmoticon