Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod Akhir
Tajul Razin masih tercari-cari akan
kehilangan Indah Halina, isterinya. Puas sudah dia menjadi merata tempat namun
tidak menemui petunjuk akan keberadaan Indah. Indah Halina membawa rajuknya ke
sebuah perkampungan. Tempat rakan lamanya.
Wati menyimpan angan-angan besar ingin
menjadi orang kaya. Oleh itu, dia cuba mencari sugar daddy yang boleh
menunaikan impiannya. Hasrat Wati dibantu oleh kekasihnya iaitu Yazid. Datuk
berjanji menghadiahkan Wati sebuah kondo.
Ayah Indah berkemas-kemas ingin balik
ke rumah. Jemu sudah menginap terlalu lama di hotel. Ketika hendak keluar dari
hotel, emak Wati terserempak Wati di tepi jalan. Emaknya memujuk agar Wati
balik ke kampung dan meninggalkan kerja kotornya di KL. Wati melarikan diri
bersama Yazid, meninggalkan emaknya yang merayu-rayu menginginkannya balik ke
rumah. Sedang emaknya mengejar Wati, sebuah motosikal datang dengan lajunya
melanggar emaknya. Emak Wati dimasukkan ke hospital.
Ayah Wati cuba menghubungi Wati dan
mengarahkan Wati agar pergi menjenguk emaknya di hospital. Namun, Wati enggan
untuk melawat emaknya. Baginya, kecederaan emaknya hanya ringan sahaja. Doktor
mengesahkan emak Wati lumpuh anggota badan dek insiden kemalangan itu.
Wati begitu teruja apabila Datuk
benar-benar menghadiahkannya sebuah kondo. Mereka merancang akan berkahwin
senyap-senyap di Thailand. Wati berusaha memujuk Datuk agar menceraikan
isterinya. Tetapi Datuk enggan berbuat begitu. Kerana isterinya, Datin
mempunyai kuasa besar, malah Datin juga mempunyai banyak harta kekayaan.
Sedang Indah melalui jalan
perkampungan, sekitar sawah padi. Dia terserempak dengan kereta biru yang
rasa-rasanya dia mengenali pemilik kereta itu. Alangkah terkejutnya bila dia
mendapati adik iparnya iaitu adik Tajul Razin sedang melukis di situ. Mereka berborak
seketika. Perkhabaran berjumpa dengan Indah segera dimaklumkannya pada abangnya
iaitu Tajul Fahin. Dengan segera Fahin pergi ke tempat tersebut. Indah gembira
melihat perubahan Fahin. Sikap dan penampilan dirinya telah berubah menjadi
insan yang baik. Fahin menerangkan kepada Indah akan kisah sebenarnya.
Indah tergopoh-gapah balik ke rumah
rakannya. Dia diserang rasa bersalah kerana meninggalkan suaminya iaitu Tajul
Razin tanpa berbincang apa-apa. Rupa-rupanya segala yang berlaku adalah salah
faham sahaja. Indah terkejut melihat suaminya ada di perkarangan rumah
rakannya. Dengan segera Indah mencium tangan suaminya dan meminta maaf
kepadanya.
Indah meminta izin daripada suaminya
untuk balik ke kampung. Mereka bertembung dengan motosikal Yazid. Yazid
mengambil sebatang kayu dan menghentak ke kepala Indah. Indah pengsan serta
merta. Ayah Indah kelu buat seketika, seakan tidak percaya perkara yang
disaksikannya. Tajul Razin berpatah balik selepas merasa tidak sedap hati.
Jangkaannya tepat, Yazid telah berbuat sesuatu terhadap Indah. Indah segera
dibawa ke hospital.
Wati begitu nyenyak tidur di katil
mewah, kondo pemberian kekasih gelapnya iaitu seorang berpangkat Datuk. Seorang
lelaki datang secara senyap-senyap di sisinya. Dibukanya penutup botol. Ketika
itu, Wati tersedar dari tidur. Belum sempat Wati berkata apa-apa, air dalam
botol itu dicurahkan ke wajahnya. Wati menjerit kesakitan. Rupa-rupanya di
dalam botol itu mengandungi asid!
Sejurus pulih dari kecederaan, Indah
dan Tajul Razin menjalankan majlis resepsi perkahwinan mereka. Mereka kelihatan
begitu bahagia. Malah perkahwinan itu juga dihadiri oleh ayahnya.
Yazid ditangkap oleh polis. Dia
dimasukkan ke dalam penjara.
Di rumah, Wati banyak termenung
selepas apa yang telah berlaku pada dirinya. Wajahnya menjadi hodoh selepas
terkena simbahan asid. Emaknya hanya berada di kerusi roda, lumpuh anggota
badan. Malah untuk bercakap pun begitu sukar. Segala apa dituturkannya tidak
dapat difahami oleh suaminya. Emaknya mengatakan sesuatu kepada Wati, keduanya
saling menangis berpelukan. Menyesali segala yang berlaku.
Indah sarat membawa dirinya yang
tengah mengandung. Razin begitu menyayangi dirinya. Emak mertuanya memberitahu
kepadanya, akan sebab musabab mengapa dia terlalu menyayangi Indah. Wajah Indah
mengingatkan emak mertuanya pada seseorang. Indah dimaklumkan oleh mertuanya,
dia tahu di mana emak Indah berada sekarang. –TAMAT-
Komen Ending Kerana Terpaksa Aku Relakan
Itulah pengakhiran drama TV3 Kerana
Terpaksa Aku Relakan episod akhir. Ada kisah suka dan duka. Indah disatukan
semula bersama Razin. Wati menerima balasan, wajahnya cedera teruk terkena
simbahan asid. Emaknya pula lumpuh. Fahin juga telah berubah. Haa…Saiful bekas
tunang Indah, juga bekas suami Wati juga ada masa dalam scene episod akhir
drama Kerana Terpaksa Aku Relakan ni. Overall, drama ni…happy ending!
Tarikh ditayangkan episod akhir: 14
Julai 2014
Hari: Isnin
Jam: 7.00 malam – 8.00 malam
Saluran: TV3
16 comments
agak2 la kan mesti ada sambungan kot.mcm tergantung je
Akhirnya tamat suda
Lya menabung pagi cne
tapi x puas hati..cerita mcm tergantung aja kan :D
ending penuh persoalan...siapa emak Indah sebenarnya?
blum ksempatan tngok lg, tapi mcm cite trgantung ja. sapa mak indah ? emmm
Kesudahan yang tak kemas. Rasanya akan ada KTAR2
Tungguuuu
Assalamualaikum yanggg, sakit hati tengok ending dia semalam. ahhahaha singgah menabung groupon sini~~~
Huhuhu ending dia tak best la huhu
Ingatkan lagi BEST rupa2nyerr biasa2 jer ENDING dia huhuhuhu..
nohhai sakan depa layan amar bahrain
Ending drama ni macam tergantung kan..belum sempat lagi nak tonton episod akhir nih..huhuhu..
Semestinya.....kerana penamat cerita nie tergantung. ....
Betul tu.....
Rasa2, perlu tak ada KTAR 2? tak syok lah tgk citer tergantung mcm nie...
aah ending dia nampak tergantung
maybe ada kot
sama2 kita wait n see
EmoticonEmoticon