Lavanessa Swiss: Oxygen Acne Removing Ampoule

Alhamdulillah, syukur. Menerima bungkusan pos laju yang dikirim oleh blogger Akif Imtiyaz. Ni merupakan hadiah hasil penyertaan segmen blogger Syira Lokman. Hadiah ni sampai Isnin lepas. Nak tahu isi kandungan hadiah ni? Jom terjah!

Lavanessa Swiss dengan trademark professional skin care treatment telah menghasilkan produk dikenali Oxygen Acne Removing Ampoule.

Oxygen Acne Removing Ampoule, fungsi, kelebihan, manfaat, kebaikan Lavanessa Swiss: Oxygen Acne Removing Ampoule
 Oxygen Acne Removing Ampoule - cover depan
Mengandungi 2ml x 10 pcs
Bernilai RM125.00

Oxygen Acne Removing Ampoule, fungsi, kelebihan, manfaat, kebaikan Lavanessa Swiss: Oxygen Acne Removing Ampoule
Oxygen Acne Removing Ampoule – kotak belakang

Fungsi Oxygen Acne Removing Ampoule:
Specialized for acne and blemish skin. Used for reducing and lightening acne marks and scars, repair deep scars, balancing and even up dull skin tone. Contain antiseptic, anti inflammatory and anti infection. Help to reduce acne, pimples and boost up the repairing and recovering process of open wound cause by extraction.

Produk ni dikatakan berkesan untuk mengatasi masalah jerawat. Jerawat yang tumbuh dengan sihatnya. Malah berkesan untuk menghilangkan kesan parut. Alhamdulillah, kulit wajah aku tiada masalah jerawat. Licin micin bak kulit baby (puji diri sendiri lettew..haha). Hadiah ni nanti aku syorkan buat adik aku. Haaa…tu baru kulit bermasalah. Suka sangat jerawat bertenggek kat pipi dia. Hope membantu membantutkan pertumbuhan jerawat kat wajah dia. Banyak sangat produk yang diguna. Try itu ini, kurang menampakkan hasil. Moga Oxygen Acne Removing Ampoule dapat meratakan bonggolan yang ada di wajahnya.

Buat akak Akif Imtiyaz, makasih bebanyak tau atas hadiah ni. Moga akak sentiasa dimurahkan rezeki. Juga buat blogger Syira Lokman, makasih banyak-banyak atas penganjuran segmen yang super awesome. Tengkiu!!!! Last sekali…..salam Ramadhan Al-Mubarak.

18 comments

nanti kulit muka makin cantik la kan...

moga kulit kita bertambah cantik dan berseri

semoga kulit adik Yumida akan cantik tanpa masalah jerawat lagi..

tahniah.. menarik hadiah ni, semoga ianya berkesan :D

rawatan oxygen skrg tok mkn femes..salam ramadhan sis :D

bestnye hadiah dia.. tahniah yumida..

TAHNIAH Yumida .. Cuba la kot2 menjadi kat kulit adik Yumida tu .InsyaAllah ..

Alhamdulilah selamat sampai pada tuan empunya ..Syukur ..

tq atas REVIEW ni ya Yumida ..TERHARU akak hehehe ..Moga2 Yumida suka la ya ..

semestinya suka. mcm menarik je teknik rawat jerawat ni pakai cecair oxygen tu
excited nak suruh adik try

visit my blogg about this serum http://nurcahayaimanenterprise.blogspot.com/ thankss

This comment has been removed by the author.

alhamdulillah kulit husna tak de pulak kes jerawat nih, kalau nak naik pon time dtg bulan..:p kalau dpt review produk nih mesti husna cuba waktu tuh..:)


EmoticonEmoticon