Sinopsis drama TV3 Dosa Seorang Suami
Drama Dosa Seorang Suami mengisahkan
Rafiq seorang usahawan yang berjaya telah ditakdirkan lumpuh sebelah badan
akibat penyakit strok. Segala kekayaan dan kejayaan yang dikecapinya musnah. Rafiq
hidup bertemankan kerusi roda. Setelah disahkan menghidap penyakit strok, Rafiq
sering dijauhi oleh ahli keluarganya termasuk anak-anak dan isterinya.
Isteri Rafiq iaitu Alya (Amyza Aznan)
tidak mempedulikannya. Dibiarkan suaminya seorang diri. Sering kali Rafiq
menjerit-jerit meminta Alya untuk membantunya namun, Alya sentiasa menjauhi Rafiq.
Ini kerana Rafiq sudah tidak mampu lagi mengurus dirinya. Malah untuk ke tandas
sekali pun, dia memerlukan pertolongan orang lain.
Anak-anak Rafiq antaranya Arisa
(Keena), Arisz (Dazrin Kamarudin) dan Ramli (Afzan) juga tidak mempedulikannya.
Malah mereka sering mencipta alasan untuk tidak berada di sisi ayahnya. Mujur
ada pembantu selaku pekerja Rafiq iaitu Khamis (Cat Farish Ramli). Khamis
sentiasa mengambil berat akan perihal tuannya. Khamis membantu Rafiq membersihkan
diri, memandikannya, menukar pakaian, menghidang makanan minuman. Sesekala
Khamis memberi sedikit tazkirah pada Rafiq dengan harapan agar tuannya terbuka
hati untuk berubah.
Rafiq orangnya keras hati, mudah
marah. Sesekala ajakan baik oleh Khamis sering disalah tafsir oleh dirinya.
Namun, Khamis cekal untuk membantu tuannya.
Rafiq sering terimbau kenangan silam.
Kenangan ketika dia pernah mengecap kejayaan. Memiliki keluarga yang bahagia.
Dek kesilapannya dalam mendidik anak dan isteri, akhirnya perbuatannya memakan
dirinya. Isterinya tidak menghormatinya. Anak-anaknya menjauhkan diri.
Segalanya bermula selepas dia jatuh sakit.
Saksikan segalanya dalam drama TV3 Dosa Seorang Suami. Adakah akan terbuka hati Rafiq untuk berubah? Bagaimana hubungan
Rafiq dengan anak-anak dan isterinya nanti? Adakah mereka akan bersatu semula?
Apa hubungan Maya (Watie Sadali) dengan rumah agam yang tersergam indah itu?
Adakah Maya juga mengenali Rafiq? Sama-sama kita saksikan dalam drama Dosa
Seorang Suami ini nanti.
Drama Dosa Seorang Suami kini
ditayangkan di kaca tv anda:
Saksikan drama slot Azalea Dosa Seorang Suami
Tarikh drama Dosa Seorang Suami mula ditayangkan:
21 Julai 2014
Jam: 4.00 petang – 5.00 petang
Hari: Isnin - Khamis
Saluran: TV3
17 comments
syira ada tgk cerita ni..
Tak pernah tgk citer nie
Menarik juga drama nih..
Apapun belum berkesempatan untuk menonton drama nih..
wah
nice
jom tengok
Tengok sekejap je aritu .
Singgah membacaa :)
Tak tgk tak sempat huuhuhu
Best gak jln citer dia nie..
Moga dapat sedikit pengajaran dari cerita ini ...
harap2 dapat tengok la nanti..
best
sukanya saya
jom
jom tengok
EmoticonEmoticon