Berpuasa di kampung

Sabtu, 28 Jun, iaitu sehari sebelum hari berpuasa aku dan hb balik kampung. Bila dah balik kampung, tumpuan pada blogging agak terbabas sikit. Hihi.. Al-maklum la busy itu ini.

Seronok tak berpuasa di kampung? Seronok! Pasal terasa kemeriahannya berbuka dengan anak buah, my FIL, my MIL, kakak ipar, abang ipar, riuh rendah jadinya. Part best, menu berbuka puasa jugak ada bermacam lauk pauk. Kalau aku dan hb je kat umah, menu simple je. Coz takut nanti tak dapat dihabiskan. Membazir.  

berbuka bersama keluarga

Hari pertama puasa semalam, Alhamdulillah. Berjalan dengan lancar. Bangun pukul 4 pagi untuk panaskan segala lauk. Then, dihidangkan. Lepas sahur, solat jap then sambung tidur balik. Pukul 10 pagi baru bangun. Hihi.. Seronoknya! Bangun lewat.

Sekarang masih bercuti di kampung. Cuti seminggu sampai hari Ahad ni. Macam mengantuk je..macam nak tidur lagi je.. Jangan jeles k. Hohoho…

25 comments

salam ramadhan.semoga ibadah kita mendpt keberkatan

akak pun balik kampung..sabtu dah gerak balik,bila balik ke kampung nie,aktiviti blogging memang terbatas pun..

Syoknya balik kampung, Azwar takde kampunglah kak Yumida..hehe.. Salam Ramadhan..

betul time puasa la le mkn ramai ramai. huhu

Minggu pertama ni, Zara stay kat rumah mak dulu, minggu depan stay pulak kat rumah mama (mentua zara) kena ganti2.. nnti mak ngan mama berebut2.,. miahaha.. suami Zara outstation.. huhuhu.. bsahur dan bbuka tanpa suami di sisi ='(

salam ramadhan yumida....

Anak2 sis dah ajak blk kg jugak nak berbuka kat kg hehehe

dapat lihat mak ayah...dapat lihat syurga..

Meriah ya ;D hee

Seronoknya bbuka ramai2..meriah jdnya..selamat bpuasa dan menjalani ibadah di bulan yg mulia ni..

husna dah tak de kampung.. rindu nak rasa suasana meriah tu lagi..:)

seronok berpuasa di kampung beramai ramai :)

Buka puasa ramai2 memang syok, tak kira lah kat mana2 pun ... Kecoh, huru-hara dibuat nyer kalau ramai bebudak ...

Bestkan berbuka di kg. Suasana x sama dgn kat bandar.

Wahh best.. Salam Ramadhan Yumida. Slmt menjalani ibadah puasa.. :)


EmoticonEmoticon