Antibodi MERS-CoV ditemui - penawar Sindrom Pernafasan Asia Barat

Virus MERS-CoV (Middle East Respiratory Syndrome) amat digeruni seluruh pelosok dunia. Virus MERS-CoV atau dikenali Sindrom Pernafasan Asia Barat boleh membawa maut! Di Arab Saudi, 26 kes baharu MERS-CoV direkodkan manakala 10 kematian turut dicatatkan. Perkembangan itu menjadikan angka jangkitan MERS-CoV di negara itu sahaja telah meningkat kepada 339 orang dan menyebabkan 102 kematian. See, betapa bahayanya virus MERS-CoV ni. 

Apa yang membimbangkan mengenai virus MERS-CoV, cara ia merebak secara rambang. Jangkitan mungkin boleh berlaku melalui udara sahaja. Ingatkah korang dengan virus SARS yang telah meragut banyak nyawa di China? Sebelum ini, tiada ubat atau vaksin bagi mengubati MERS-CoV yang menyebabkan simptom-simptom seperti batuk, demam, sesak nafas seterusnya membawa kepada pneumonia dan kegagalan ginjal.

Virus MERS (Middle East Respiratory Syndrome) | Sindrom Paru-paru Asia Barat, Antibodi penawar virus MERS-CoV ditemui. Penawar virus MERS-CoV ditemui. Penemuan antibodi serangan MERS-CoV - Sindrom Pernafasan Asia Barat. 2 antibodi dinamakan MERS-4 dan MERS-27 menghalang sel daripada dijangkiti virus MERS-CoV. 7 antibodi untuk menghasilkan rawatan dan vaksin MERS-CoV untuk tempoh jangka panjang. simptom MERS-CoV seperti batuk, demam, sesak nafas seterusnya membawa kepada pneumonia dan kegagalan ginjal.

Berita baru yang mengujakan! Di London, saintis telah menemui antibodi semula jadi manusia terhadap Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS-CoV). Dengan penemuan antibodi itu memberi kelegaan buat kita semua yang mana virus MERS-CoV ini ada penawarnya. Alhamdulillah..

Saintis dari Amerika Syarikat (AS), China dan Hong Kong telah menemui antibodi yang dapat menghalang virus itu daripada menjangkiti sel-sel badan manusia. 2 antibodi dinamakan MERS-4 dan MERS-27 yang dapat menghalang sel daripada dijangkiti virus MERS-CoV.

"Walaupun masih di peringkat awal, kajian ini menunjukkan antibodi tersebut boleh digunakan untuk menghalang penularan MERS-CoV," kata saintis-saintis tersebut.

Kajian kedua pula, penemuan 7 antibodi oleh sepasukan penyelidik dari Amerika Syarikat (AS). Antibodi-antibodi itu berpotensi untuk menghasilkan rawatan dan vaksin MERS-CoV untuk tempoh jangka panjang.
Sumber: Kosmo

2 comments

Semoga berkesan & membantu...

In shaa Allah akan ada penawar bg penyakit nih..cuma para saintis kna berusaha mencari penawar yg sesuai utk merawat penyakit nih..


EmoticonEmoticon