Tudung Labuh Online Fesyen Terkini Muslimah Moden
Hari Raya bakal menjelang. Kengkawan
semua dah beli barangan persediaan Raya 2014 tahun ni? Excited nak Raya ni. Hihi..
Ok kat sini nak share kat u olls semua butik online yang menjual tudung. Ada
bermacam fesyen tudung. Yang penting memenuhi syariah Islam dan harganya murah!
Jangan lepaskan peluang. Tudung labuh
online fesyen terkini muslimah moden sememangnya terbaik!
Laman blog Tudung Labuh Online:
Menekankan fesyen terkini tudung yang
mematuhi syariah.
Pengenalan Tudung Labuh Online:Tudung Labuh Online Shop merupakan pengedar sah untuk tudung labuh muslimah bagi pengeluar tudung jenama Nur dan Modern Hijab Exclusive.
1. Tudung Nur dan Pelbagai Fesyen Tudung Labuh Terkini keluarannya.
Insyallah, semua produk keluaran tudung nur patuh syariah dan berkualiti tinggi. Tudung bidang 60 dan aneka saiz menurut citarasa anda ada terdapat disini.
Antara koleksi tudung labuh keluarannya ialah:
1. TUDUNG DAISI
Tudung Daisi diperbuat daripada kain koshibo, nama dah macam nama jepun kan.
Kenapa bagus sangat kain Koshibo ni? Mesti ada dari kita rasa yang memakai tudung labuh ini tidak selesa bukan? Disinilah pentingnya pemilihan kain untuk pembuatan tudung. Bahan yang betul akan membantu wanita muslimah mentup aurat dengan sempurna.
Terdapat lebih daripada 35 pilihan warna untuk anda. |
Dan pada masa yang sama kelihatan anggun, sopan dan selesa. Kelebihan kain koshibo adalah:
1. Selesa untuk pemakainya
2. Tekstur yang lembut
3. Semestinya Sejuk dan tidak merimaskan
4. Tidak berbulu apabila dibasuh mesin/handwash
5. Bahan yang ideal untuk tudung
6. Warna kain koshibo tidak luntur dan kelihatan lusuh walau dibasuh berkali-kali
Sememangnya pilihan muslimah sebagai gaya tudung raya 2014
2. TUDUNG FRANCE SATIN
Tudung France Satin sering menjadi pilihan pengantin muslimah yang ingin kelihatan jelita di hari bahagia. Tampil anggun dan sopan di mata suami semasa majlis walimatul urus.
Rekaan tudung ini sangat cantik dan semestinya menutup aurat |
Tudung satin ini selesa di pakai dan didatangkan dengan 16 warna untuk digandingkan bersama busana muslimah.
Pasti menjadi kenangan yang terindah buat pasangan suami isteri
Fesyen Selendang pengantin pelbagai corak dan warna |
Cik puan boleh klik link di atas untuk selendang pengantin labuh yang cantik untuk digunakan semasa hari bahagia.
3. TUDUNG SEKOLAH
Tudung sekolah juga ada disediakan untuk kegunaan pelajar. Kain tudung dari jenis tissue.
Tekstur kain yang lembut dan selesa. Pilihan warna disediakan untuk kegunaan yang berbeza (Persatuan dan kelab di sekolah)
4. TUDUNG AZILEA
Tudung Azilea memberikan sahabat sahabat semua 44 warna pilihan untuk tudung tanpa corak (plain).
Dengan kain peach chiffon sebagai bahan tudung, anda semua pasti terpukau dengan sentuhan kelembutan kain tundung Azilea.
Menutup aurat dengan sempurna, tidak jarang, rasa nyaman dan segar kepada pemakainya.
5. TUDUNG ZUHAIRAH
Tudung Zuhairah dengan motif bunga bungaan kecil sebagai hiasan.
Zuhairah bermaksud bunga-bungaan kecil dan dihiasi taburan batu-batu jernih kecil membuat tudung ini lebih berseri...
Corak corak dan warna yang pelbagai pada tudung zuhairah |
Ciri Ciri Menarik Tudung Zuhairah :
1. Warna Plain - Nampak ringkas dan sopan
2. Berkualiti - Dengan harga berpatutan
3. Tidak Jarang - Mentup aurat dengan sempurna
4. Tahan Lasak - Tidak mudah koyak
5. Sejuk - Memberi keselesaan kepada muslimah
6. Senang Dibentuk - Menjimatkan masa pemakaian
7. Mesra Cucian Mesin - Ibu dan suri rumah bekerjaya pasti menyukainya
8. Kasual & Santai - Sesuai untuk pelbagai kegunaan
Tudung zuhairah awning didatangkan dengan 16 warna dan 4 pilihan corak bunga sulam |
Berita baik untuk cik puan semua, rekaan tudung zuhairah awning juga terdapat untuk memudahkan anda mengenakan tudung dengan kemas dan pantas.
6. TUDUNG HANAN
Tudung Hanan mempunyai 14 pilihan warna untuk kesesuaian anda.
Diperbuat daripada kain wool peach dan tudung hanan didatangkan dalam bentuk tudung empat segi, selendang bundar dan bulat.
7. TUDUNG JAUHARI
Tudung Jauhari untuk wanita muslimah yang versatil. Tudung ini mempunyai 2 corak dan memberikan lebih banyak pilihan kepada pemakainya.
Dapat dipadankan dengan lebih banyak pakaian muslimah. Sangat sesuai untuk muslimah bekerjaya.
Menjimatkan masa dan wang ringgit, tidak perlu membelanjakan wang untuk tudung yang banyak.
Tudung Jauhari menggunakan kain kapas (cotton) yang sejuk, mudah dibentuk dan memberi keselesaan untuk dipakai.
8. TUDUNG MAWAR
Tudung Mawar diperbuat dari kain New Wool Peach. Buat sementara ini mempunyai 2 pilihan warna sahaja iaitu putih dan hitam.
Ciri ciri tudung mawar
1. Warna Plain
2. Sejuk
3. Senang dibentuk.
9. TUDUNG OMBRE
Tudung Ombre Nur diperbuat dari kain Gauze dengan ciri ciri berikut
1. Sejuk
2. Ringan
3. Ada Tekstur
4. Tidak Licin
5. Mudah dibentuk
Rekaan fesyen tudung ombre memaparkan perubahan tona warna yang menyegarkan mata.
Pada masa yang sama memberikan banyak kemungkinan kepada anda untuk memadankan dengan mana mana fesyen pakaian muslimah yang bersesuaian dan tema majlis.
10. TUDUNG HELWA
Tudung Helwa Labuh adalah tudung labuh muslimah kegemaran ramai. Buktinya, tudung ini mendapat permintaan yang sangat menggalakkan.
Alhamdulillah kali ini, ada LAPAN warna BARU menjadikannya 15 warna kesemuanya untuk pilihan sahabat semua.
15 warna ini terdiri daripada tudung labuh berwarna terang, lembut, dan warna gelap untuk pilihan pelanggan.
Ciri Tudung labuh Helwa yang paling dominan ialah warna tudung ini mempunyai Dwi- rona warna
Jenis kain digunakan pula daripada jenis Peach Chiffon/ sama jenis dengan kain Azilea.
11. TUDUNG DELIMA
Tudung Delima menggunakan bahan kain Coast White dan mempunyai banyak pilihan warna.
Itulah dia antara fesyen tudung terkini keluaran pengeluar tudung labuh terkenal Tudung Nur.
11. TUDUNG KAKTUS
Selain itu, stok tudung kaktus juga ada disediakan. Boleh klik untuk maklumat tudung muslimah tersebut.
12. TUDUNG SAFFRON
Tudung Raya Terkini 2014. Koleksi Tudung Saffron Yang Kemas Selesa Dan Patuh Syariah |
Dengan ketibaan hari raya aidil fitri tahun ini, koleksi tudung raya 2014 yang memenuhi citarasa semua orang pasti menambahkan lagi suasana hari kemenangan umat islam berpuasa sebulan di bulan ramadhan.
Pastinya kengkawan semua ingin menutup aurat dengan tudung yang sopan selesa dengan fesyen terkini Tudung Saffron
Insyaallah, inilah tudung labuh online shop yang memenuhi kehendak saudari semua. Bergaya di Hari Raya 2014 dengan fesyen
tudung muslimah moden, menyerlahkan keayuan dan kejelitaan sebenar anda. Jom berfesyen
bersama butik tudung labuh online!
30 comments
terima kasih berkongsi...menambahkan lagi sumber pencarian tudung
cantik
cantik
Cantikkkk ;)
senang la bg mereka yang nak mendapatkan tudung nie..harga pun berpatutan
info yang bagus bagi yang mencari2 tudung sebegini..
labuhhh, cantikkk..!
bookmarks.! :)
Menariknya koleksi tudung nie :)
tudung jauhari,, lawanya!!
Assalamualaikum yanggg, Subhanallah. macam tahu2 je sheila tengah cari tudung2 labuh begini. lawa dan murah la... berkenan betul. sheila nak pergi terjah! hehehe singgah menabung colgate sini~~~
cantiknya tudung labuh... dah mcm2 design.. tak de la plain jer kan...
cantik2 jugak koleksinya kan yumida.. =D
akak menabung kat sini..
wow..good compilation.
Serba lengkap..semua ada plak tuh..mmg btul2 memenuhi ciri2 wanita solehah..lawa2 plak tu
Assalammualaikum..yumida,
wahh..menarik2 tudung nie... kalau berkenan boleh ambik satu nie,.
mselim3
Cantik..inilah tudung sebenarkan..
ya Allah cantik cantik. nak stalker lah hee./ thanks
kacak2... :)
insyallah akan dipanjangkan link ini kepada mereka yang berminat nanti....menabung colgate sini...
Regards,
-Strider-
Kacak2 semuanya.
alhamdulillah. inilah yg muslimah perlukan. bukannya fesyen semata-mata
cantik-cantik tudungnya :)
Tq for sharing....Cantik-cantik tudungnya.
cantik, sopan dan yang penting menutup aurat dengan sempurna..
datang lagi sekali menabung lenovo sini...
Nampak cantik..nanti nak tanya ibu ;)
memang cantik...dan tetap anggun walaupun labuh
menariknyerr
Menarik ..Cantik dan labuh sesuai untuk muslimah2 di luar sana ,...Menutup aurat itu wajib membalut aurat itu HARAM
CANTIK ......
EmoticonEmoticon