Harga Mitsubishi Lancer 2.0 GTE RM115,590.20

Tengok design kereta ni buat aku sendiri tergoda. Cantik woo! Ada kelaaas! Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi telah melancarkan model terbaru keretanya yang dinamakan Mitsubishi Lancer 2.0 GTE.

gambar Mitsubishi Lancer 2.0 GTE , harga Mitsubishi Lancer 2.0 GTE , spesifikasi Mitsubishi Lancer 2.0 GTE
Lancer 2.0 GTE keluaran kereta Mitsubishi

Spesifikasi Mitsubishi Lancer 2.0 GTE

Dalam kenyataannya, Mitsubishi Motors Malaysia berkata, kereta itu dilengkapkan dengan pakej premium dipertingkat, bumbung suria, sistem operasi tanpa kunci untuk kemasukan bebas tangan sebenar dan tambahan beg udara lutut untuk tempat duduk pemandu bagi meningkatkan keselamatan. Ciri baharu di dalam Lancer 2.0 GTE adalah tambahan kepada kit badan standard dengan kemasan dalaman kulit dan skrin sesentuh 6.1 inci dengan audio kamera pandang belakang.

Ia juga disertakan penggilap cermin bersama alat pengesan hujan, lampu depan automatik, pendingin udara automatik dan kawalan kelajuan. Lancer 2.0 GTE yang dijual pada harga RM115,590.20 atas jalan tanpa insurans diimport dan dipasang sepenuhnya di Jepun.

Mitsubishi Lancer 2.0 GTE didatangi dengan 3 pilihan warna

Putih
 Hitam
Merah metalic
Sumber: Berita Harian

6 comments

dri dulu kot berkenan ngan lancer merah..tp setakat berkenan je la... T__T

Not bad..even nampak macam bulky..

perghh...hanya mampu tgk jer..kohkoh

Terserlah kejantanannya hehee.. nice sharing.. :)

Wow mmg menarik..jatuh cinta pandang pertama dh ni..hihihi..


EmoticonEmoticon