Komitmen kerajaan untuk meneruskan pencarian kotak hitam dan
pesawat MH370 yang disahkan terhempas di perairan Lautan Hindi bakal memaksa
kerajaan mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi.
Menurut seorang pakar pertahanan, kos untuk mencari kotak hitam
tersebut dijangka mencecah atau melebihi kos operasi mengesan bangkai pesawat
Air France 447 di Lautan Atlantik pada tahun 2009 yang menelan belanja AS$40
juta (RM132 juta).
Katanya, situasi kali ini berbeza berbanding insiden Air France
447 kerana Perancis mempunyai pelbagai peralatan yang canggih serta keupayaan
teknikal mencukupi untuk operasi tersebut.
RM132 juta bukanlah jumlah yang sedikit. Ianya hanya kemungkinan. Mungkin juga nilainya lebih dari angka itu. Moga pencarian
pesawat hilang, milik MAS MH370 membuahkan hasil. Bila, di mana, sampai
bila…sama-sama kita tunggu. Moga dipermudahkan pencarian badan pesawat MH370
dan penemuan kotak hitam.
10 comments
Assalamualaikum. semoga dipermudahkan urusan pencarian pesawat dan kotak hitamnya dengan izin Allah Taala.
Assalamualaikum dik Yumida...semoga pencarian pesawat MH370 dan kotak hitam miliknya dipermudahkan olehNya...sama2 kita semua berdoa untuknya..
Hopefully this missing be found....
bukan satu angka yang kecil..
nilai yang terlalu tinggi untuk misi pencarian..Moga Allah permudahkan urusan Malaysia..
Semakin hari angkanya semakin meningkat.. harap-harap semuanya berjalan dengan lancar
semoga dipermudahkan segala urusan
Kos yg tinggi
Angka yg sgt tggi..
ya Allah.. dugaan sungguh kan.. tp apalah sgt nilai tu walaupun mahal.. jika nak dibandingkan dgn nyawa penumpang & anak2 kapal MH370 tu..
EmoticonEmoticon