Segmen Apa Ada Dalam Handbag Anda

KLIK BANNER UTK JOIN


Alhamdulillah diberi kesempatan masa dan ruang utk menjoinkan diri bg segmen yg dianjurkan oleh blogger TanganPunyaKerja. 1st sekali aku tertarik ngan hasil keje dia dlm melukis. Nice..cantik...kemas..kreatif! Aku pun nak try jugak lah bab2 melukis ni. Even x secantik org lain..hehe..janji hado! Wokeh bwh ni merupakan senarai barang2 yg ada dlm handbag ku. Meh terjah!


(1) PURSE
Benda paling penting nih! Mesti ade dlm handbag. Segala pengenalan diri..macam IC, kad2 bank, lesen keta dan duit terkandung dlm peti rahsia ni. Tanpa purse. Tak boleh nak order makan. Tak boleh nak beli minyak. Tak boleh nak kenyit mata ngan abang polis. Pasal nanti dia pikir aku ni pendatang. So, wajib ye! Brand Bonia je. Tak ori..ahaha..

(2) CAMERA
Ni pun kene ada..barulah perasan diri tu mamarazi. Pic2 ni aku ske share dlm blog. Buat tatapan pengunjung. Aku pakai camera brand Sony. Pink opkos! My peberet kaler.

(3) MAKE UP
Lipstick (Silky Girl) & eye shadow (Silky Girl). Alaaa..make up nipis je. Jimat..lambat la nak habis. Nanti, klo jadi artis baru nak make up tebal2. Hikhikhik..

(4) NOTEPAD
Untuk mencatit bende2 penting. Or nak bagi mesej kat orang lain, boleh tulis kat notepad ni, then koyak terus bagi kat orang tu.

(5) BAHAN BACAAN
Haa..blh tengok kat pic tu. Aku peminat karya DR. HM Tuah Iskandar al-Haj. Tajuk buku ni Jom Menjadi-Jadi. Buku ni berbentuk motivasi. Memang syok ar baca. Buku ni tak tebal, mudah nak bawa ke mana-mana. Sumbat dlm handbag pun ok.

(6) PEN & PENDRIVE
Pen kene sentiasa ade dlm handbag. Pendrive pun sama, nak transfer data ke org lain ker, nak dengar lagu dlm pendrive ni dlm keta ker. Haa..penting jugak!

(7) TISSUE
Haa...yg ni pun harus ade dlm handbag. Utk lap peluh, lap hingus, lap kotoran pada tangan. Pemakaian pun senang. Lepas pakai buang. Takyah cuci2. Klo yg rajin cuci, jemur and pakai balik tu..huhuhu..tak tahulah nak kata ape. Tisu aku ade cop Jusco..haa kelaaaas gitu!

(8) HANDPHONE
Penting nih! Aku ade 2 hp. Nokia Asha 303 utk pakai simkad celcom..utk calling2 nyer. Satu lagi iaitu Nokia C6-00 utk simkad broadband celcom khas utk mengakses internet.




(9) MINYAK KAPAK
Memandangkan aku ni baby comel makanya minyak kapak harus ade dlm handbag aku. Utk gosok kat perut, dahi, belakang badan. Penting bila aku sakit perut, pening kepala dan rasa mengantuk.

(10) LOTION TANGAN
Sebagai gegirl, lotion pun aku taruk lam handbag. Dipakai bila kulit terasa kering. Lagipun wangi. Lembut jer tangan bila dah pakai. Aku ske pakai lotion brand Vaseline. So, bila dah pakai, takde rasa melekit. Tak macam losyen lain.

(11) PERFUME
Minyak wangi pun kene bawak. Takde la bau hapak. Kikiki.. Aku bawak yg jenis ni, main gosok nyer. Brand Avon, Women of Earth. Wangiii..

(12) PENCUNGKIL GIGI
Jangan tak tahu...pencungkil gigi pun aku taruk lam handbag. Tapi aku simpan dlm bekas plastic la. So, xde la tercemar. Penting nih! Utk keselesaan diri. Ye la klo gigi tu terselit cebisan daging/ayam/ikan/cili..bende ni la amat2 diperlukan. Takde lah mulut menyenget2 nak nak tolak bende tu pakai lidah. Masa dlm keta la aku beroperasi mencungkil segala yg melekat kat celah2 gigi. Klo nak buat kat kedai, segan la..lgpun hormat kat org lain yg tgh mkn. Sesetengah org kan geli nengok bende sebegini.

(13) PENGETIP KUKU
Memandangkan kuku aku ni cepat panjang. Bende ni aku mesti letak dlm handbag. Dlm seminggu aku potong kuku 2 kali. Coz aku ni jenis x selesa klo kuku panjang. Muka cepat tercalar. Nak mkn pun rs x selesa nengok kuku pjg.

(14) PLASTER
Ni pun kene ade dlm handbag. In case klo aku terluka. Plaster la jd penyelamat.

(15) PISAU LIPAT
Haaa...korang2 semua..see pisau lipat pun aku bawak dlm handbag. Macam2 alat dlm pisau lipat ni. Amat berguna. Ade pisau, gunting, playar, pembuka penutup botol, pengasah kuku and so on. Sebagai wanita, pisau lipat ni penting sebagai alat mempertahankan diri. Ye la..bahaya kan ade di mana2. So, penting jugak membawak pisau lipat ni ke mana saja kita pergi. Pisau lipat aku bercop CIMB. Pisau ni my hb yg bagi..souvenier dri CIMB. Yg dulu2 punye.

(16) LISTERINE
Ni pun kene ade dlm handbag. Aku ni jenis menitikberatkan penjagaan mulut dan gigi. So, Listerine sentiasa dibawa dlm handbag. Lepas makan..breakfast, lunch, dinner..haaa pastu kumur pakai Listerine. Segarrrrr.

(17) MAKE UP REMOVER
Penting utk meninggalkan make-up. Especially bila nak bersolat. Segala make-up2 yg degil dan liat tu dpt la ditanggalkan sepenuhnya.

(18) ECLIPSE MINT
Gula2 yg ni aku ske simpan dlm handbag. Senang nak simpan coz ia dlm bekas. Eclipse mint...hmmm...nyum nyum...



(19) UBAT/ PIL
Dlm handbagku mesti ade 2 pil ni iaitu panadol [paracetamol] dan pil angin [magnesium trisilicate]. Coz aku ni jenis yg mudah sakit kepala especially bila cuaca teramat panas. Panadol amat2 diperlukan. Bila datang gastrik, pedih hulu ati, sakit perut...pil yg 1 lg tu amat diperlukn.

(20) READ PEN (AL-QURAN DIGITAL)
Read pen & kadnya sekali aku sentiasa bawak dlm handbag. Bila2 aku free or berada dlm keta, bende ni akan aku pasang. Lgpun mudah je nak bawak bende ni. Bila nak dengar juz sentuh kad tu guna read pen. Alunan bacaan surah dan doa pun berkumandang.

(21) SONY POWER BANK
Power bank ni sebagai penyelamat bila bateri handphone kehabisan. So, power bank ni akan sentiasa dibawak di dlm handbag. Aku pakai brand Sony nyer.

(22) PIN
Aku simpan pin yg simple camni dlm handbag. Ade dlm 5 butir pin. Penting pin sebegini..coz sebagai penyelamat bila pakaian terkoyak ker..sebagai ganti pin tudung yg terjatuh/ hilang...sebagai penyambung tali bra yg terputus. Iye...alangkah x selesanya bila tali bra kita tetibe putus. Nak pakai camne..asyik terlondeh je. Haa..sebab tu penting bawak pin sebegini. Penyelamat!

(23) SARUNG TANGAN & STOKING UTK SOLAT
Aku selitkan jugak sarung tangan dan stoking dlm handbag seperti yg boleh dilihat pd pic tu..khas utk solat. Senang kan..klo nak solat mana2 surau. Boleh pakai yg ni.

(24) TUALA WANITA/ PAD/ MODES
Bende mesti ade dlm handbag! Iye...sebagai langkah kecemasan. Coz kita x tahu bila period/ haid kita akan datang. So penting kene letak dlm handbag. Tak pun kita akan hulurkan pd org lain yg memerlukan. Aku pakai brand Libresse jenis wings. Ahahaha..pecah rahsia!


Tetttttt...tu je. Agak banyak jugak la barang2 dlm handbagku ni. Tapi semuanya cilik2. Boleh jer sumbat dlm handbag. Yg penting ia berguna pd kita. Berbaloi bila nak bawak ke mana saja kita pergi. Oh ya..semua yg kat atas tu aku lukis sendiri. Even tak seperti yg real nyer. Hikhik.. Cuma yg nombor (5) Bahan Bacaan – Buku Jom Menjadi-Jadi, (8) Handphone dan (15) Pisau Lipat...yg tu aku x lukis. Juz ambik gambar then crop. Wokeh...selesai! Assalamualaikum..



.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

2 comments

Akk dah join...

All da best to you tau..

banyaknya!!!! haha
thanks join :D