Orang kampoooong! Kontes
kaco mato sodang diadokan! Pakcik..mokcik..meh ramai2 kito join kontes ni..mano
la tau..rojoki..boleh menang kaco mato! Horrey!!! Excited ko jang? Moh ler KLIK SINI
Ni ialah kaca mata yg aku
pakai sekarang. Bukan utk suka2 tapi ianya kewajipan. Tanpa kaca mata ni..aku
hidup dlm meraba2. Segalanya kabur. Sebab...aku pemegang title rabun jauh.
Kaca mata ni aku beli di Jee
Kwong Optical,
bangunan shopping complex Wisma Sanyan di
Sibu, Sarawak. Dibeli pd Disember 2011. Seperti yg korang blh tengok, jenama
kaca mata aku ialah Lee’s. [52□17-138 COL.20] Kaca mata ni berharga RM330.00.
Ni la kaca mata paling termahal dlm hidup aku! Terketar-ketar tangan aku nak
bayar masa tu. Serious!
Sebab brand Lee’s menjadi
pilihan aku. Time aku beli ni tauke kedai tu yg serve aku. Memang bg layanan
terbaik punye la! Serba tahu! Dah macam pakcik Google yg glemer tu. Taip
soalan..enter jawapan. Haaaa...gitu la dia. Dia cakap spek aku ni jenis anti karat. Bahagian hinges bingkai tu jenis
kukuh..means bukan jenis yg mudah patah. Amat2 sesuai utk aku yg jenis ganas
and lasak! Lagi katanye..eye wires
yg ade pd kanta tu menyokong ketahanan kanta dari mudah pecah. Tetibe aku
tringat aku pernah beli bingkai jenis frameless
nyer.. memang mudah pecah kat cermin kanta. Aku dengar pun melopong.. ooooo...
Baru tahu. Before ni aku beli main bedal je..asal cantik di muka aku..and
paling penting murah!
Then, dia suggest aku beli
kanta cermin mata jenis multicoat dan
photogray. Dgn bumi kita yg terdedah dgn sinar uv katanye..multicoat and
photogray ni bagus utk perlindungan kat mata aku. Seram weh bila dia cakap
camtu..ye la...mata tu kan deria penglihatan kita. Kita kena bg protection utk
mendapat mata yg sihat. Kan kannnn. Kanta ni juga jenis anti pantulan. Means..segala bende2 yg silau especially bila
aku drive di waktu malam..no hal punye la. Dilengkapi dgn anti scratch! Haaa..aku la tu yg
pakai ganas2..habis cermin tu scratch. Memang aku puji ar service yg tauke tu
bagi..pandai dia mengayat aku. Cair hati ini..seperti aiskrim goreng. Bagus
jugak berurusan dgn pekedai macam pakcik Google nih...misinya bukan sahaja
menjual kaca mata..malah mendedahkan ilmu mengenai optic dgn pelanggan..macam
aku la.
Aku pakai kaca mata since
2004. Koleksi kaca mata yg pernah aku miliki sebanyak 5 bingkai..termasuk la
tahun ni. Meh skodeng kaca mata yg pernah bertenggek atas hidung aku:
Tahun 2004
Jenis bingkai: Frameless
Harga: RM150.00 (harga
student)
Sejarah: Cermin kanta
retak berdekatan kawasan skru bingkai..gara2 kawan aku melandaikan kepalanya..
Tahun 2006
Harga: RM170.00
Sejarah: Tahap scratch
cermin kanta dlm keadaan kritikal..sehingga menyukarkan pandangan..even di lap
beribu kali pd cermin
Tahun 2007
Harga: RM240.00
Sejarah: Pembaharuan
kanta mata kerana degree mata yg semakin bertambah
Tahun 2009
Harga: RM180.00
Sejarah: Penukaran kanta mata
kerana kanta lama membuatkan aku pening
Tahun 2011
Alhamdulillah..aku guna
sampai sekarang J
Kenangan manis bila berkaca mata..ku rasakan diriku begitu anggun menawan. Iyeeee!
Pakai kaca mata ni
menyuntik keyakinan dalam diri aku. Pasal apa? Everytime aku berkaca mata..org
akan cakap, “Muka
ko ni kan nampak macam budak baik..pasal tu customer mudah cair dgn engko”
See..begitulah impaknya pemakaian kaca mata.
Desas desus org cakap,
org pakai kaca mata ni org kuat study. Hehe..ye betul. Aku memang kuat
study..study atas katil..pastu bila exam aku x ingat..yg aku ingat segala
mimpi2 ku yg sambung menyambung. Nampak x kesahihan fakta tu di situ.
Kaca mata ni kan klo dia
hidup..sure dia sronok. Pasal..aku bawa dia ke sana ke mari. Sambil dia bertenggek
tuuu..sambil dia sedut angin. Cewah.. Jangan buang angin sudah! Macam tahun
lepas, aku sefamili pergi ke Brunei. Sronok! Tengok kecantikan negara
orang..tengok bangunan..tengok masjid.. Segalanya menerusi penglihatan
mata..disokong oleh kejelasan kaca mata. See..kaca mata amat bermakna buat
diriku!
Bagiku, memiliki kaca
mata brand Lee’s amatlah berbaloi-baloi! Selain kelebihan bingkai yg tahan
karat, aku dapati ianya sangat kebal! Pasal apa? Pasal kaca mata ni sering
jatuh ke lantai! Tak scratch pun..cerminnya pun tidak pernak retak/ pecah.
Bersyukur sesangat..klo tak...naya aku. Meraba2 dgn visi yg tak jelas.
Bukan itu saja, aku
pernah terduduk kat kaca mata aku ni. Bingkainya bengkok! Nervous aku weh...
Dgn sepenuh jiwa aku konsentret macam mana nak luruskan bingkai tu balik tanpa
mematahkan kawasan yg berdekatan skru bingkai! Ambik 3 hari, baru aku dpt
meluruskan bingkai sepenuhnya. See..betapa aku sayangkan kaca mata aku ni.
Pernah suatu hari, aku
terlupa dekat mana aku letakkan kaca mata aku. Puas mencari seluruh umah.
Last2..aku menangis. Frust! Bayangkan klo kehidupan seharian kita kelihatan
seperti tak normal. Cuaca Malaysia yg beriklim khatulistiwa ni didatangi salji!
Ye la..dah namanya rabun jauh..sume benda kelihatan kabur..seakan-akan berwarna
putih. Bila dah nangis tu kan..baru ingatan aku pulih balik. Rupa-rupanya..kaca
mata aku tu nyorok kat tv! Huh..penat aku buat drama sinetron.
Nenek aku pun pakai kaca
mata jugak tau. Tapi dia rabun dekat. Nak dijadikan citer..dia berkenan sangat
kat kaca mata aku tu. Then, dia try la..konon2 nak test power kanta aku.
Tetibe....dgn sound marah dia cakap, “Tak bagus spek ko ni..kabur! Tengok spek nenek
punye..terang! Macam tu la orang beli spek”. Woooo..ayat menusuk
jiwa. Memang arrr..nenek kan rabun dekat. Hadoiiii...
Dgn teknologi kaca mata
ni..aku tak boleh nak kata tidak. Dulu2 aku ske kumpul pakaian..then weekend
baru cuci. Klo aku terlewat bangun. Matahari dah menegak. Argh..ku batalkan
saja niat utk mencuci. To be continue utk minggu hadapannya. See..aku
rajinkan..kehkehkeh.. But now..katakan tidak pada alasan!
Tersebutlah al-kisah
sepasang kapel paling romentik di dunia. “Cayang..baju tu i dah mesinkan..nanti jemur” “Orait..jap erk”
Tunggu punya tunggu...ting tong pukul 12 tengah hari! “Cayang..dah tengah hari ni...g la sidai
baju tu” “Ooops terlupa...sori...” Mata menjeling ke
luar..wooo..semangat betul cahaya matahari ni. “I sidai malam je la..kat luar tu
panas..tengah hari gini..tak baik kene cahaya matahari..sinar uv tinggi”
“Pakai la
payung” “Still kene jugak..mata ni
silau..bahaya klo sinar uv kene mata” “Eh..bukan spek cayang tu ade benteng ker..sinar
uv ker..sinar otromen ker..tak kan tembus punye la” “Tapi...” “Dah..jangan banyak alasan..sidai sekarang jugak”
Haaa..see...dah tak boleh nak beralasan dah.
Ni la alat utk aku cuci
kanta cermin mata. Lens spray. Segala aktiviti memasak..minyak2 yg
terpercik tu..peluh..kesan cap jari..semuanya boleh dihilangkan dgn lens spray
ni. Kain bukan sebarang kain! Kain khas utk mengelap cermin. Taraaa..kain
kaler oren tu. Lembut rasanya.
Wokeh..tu je kot. Segala
penceritaan aku berdasarkan pengalaman aku bergelar gegirl kaca mata.
Comel tak orang pakai kaca mata ni? Comel..kan kann kannnn. Lagi comel klo
dapat salah satu hadiah kaca mata dari Papa Mifz & Mama Mifz.
Pleaseeeeeee..
Assalamualaikum..
TAMAT: 15 MAC 2013 (meh ramai2 kita join!)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
7 comments
gudluck yumida...
rs nk join gak, hehe..
terima kasih sebab sudi join contest PM...semoga berjaya yer...:)
banyaknya koleksi cermin mata.. ^_^
Gud luck... :)hebat bnyk betul koleksi kaca mata ni yer hehe...
tahniah YUMIDA...sebagai pemenang no.2....contest nie..
tahniah :-)