Setiap
daripada kita pasti pernah mengalami stress. Mengapa stress ini boleh terjadi?
Stress
muncul disebabkan oleh banyak perkara. Stress boleh muncul disebabkan cita-cita
dan cita-cita yg diharapkan itu tidak kunjung tiba. Atau seseorang boleh jadi
stress kerana kejadian masa depan yg tidak tercapai.
Seseorang
yg sedang stress selalunya tidak boleh menerima keadaan yg mereka hadapi saat
itu. Kita tidak mengatakan stress sebagai penyakit tetapi stress berupaya
menjadikan kita sakit jiwa dan perasaan.
Jangan
biarkan diri kita dibelenggu oleh stress. Keluarlah dari kepompong tekanan.
Alihkan fikiran dgn berjalan keluar drpd rutin yg ada. Dengan mengalih stress
kepada perkara bermanfaat. Antaranya, berjoging, membaca novel, melepak bersama
rakan2 dan aktiviti2 lain yg kita suka lakukan. Juga, kita harus berkongsi
masalah dgn org terdekat agar dpt meringankan rasa tekanan. Dekatkan diri
pada-Nya. Mengadu pada-Nya, kerana Dia Maha Mendengar.
Percayalah!
Apabila kita mengalihkan stress kpd perkara bermanfaat, ia dapat meringankan
fikiran kita, agar kita boleh menjalani hidup dgn lebih baik.
Rakan
blogger sekalian... stress dapat diminimumkan dgn selalu bersyukur dan ikhlas
dlm menerima apa yg diberi, dijalani dlm hidup. Dgn ikhlas maka apa pun yg kita
terima tidak akan menjadi suatu masalah. Kita pasti lebih tenang dlm menjalani
hidup ini.
13 comments
bila stress cuba fikirkan apa yang buatkan kita stress, maybe lepas ni akan lebih ok =)
betul 2...setuju stress dapat diminimum kan dgn bersyukur
senang je bg ct nk ilang stress ni...rileks & wat keje umah
salam yumida..lamanyer tak jenguk sini..lama yumida meghilang ye..
Bila stress, tengok keindahan dan kehijauan tumbuh-tumbuhan..mgkn dapat menenangkan sedikit fikiran...
huhuh kmk slalu stress bila keja perlu disiap tarikh sekian2 agik2 mun dipressure boss.. boleh gila juak sometime.. kmk salu diam jak then everything will be oke..
sory Yumida..
ai xsalah komen td...hahahaha
**kita kalo biarkan stress ni mmg boleh giler.boleh bikin jiwa kacau lah senang..jd tenangkan diri rileks kan minda..tgk benda2 yg boleh melapangkan jiwa.hehehe
kalau rasa steress aje sibukkan dengan perkara lain..
arggghhh x nk stress... katakan TIDAK pd stress!!!
stress juga boleh mmbawa kpd maut. ehh btul ke?
Selalu jgk nk stress tp dpt tenangkan diri jgak akhirnya..betul tu kena selalu brsyukur..
katakan tidak pada stresss kihkihkihkih
kalau internet slow tu boleh jadi stres jugak kan. hehe.
EmoticonEmoticon