Rasulullah SAW telah mengajar umatnya
beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara
adab-adab itu ialah:
1.
Membaca doa
Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila
berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang
meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku.
Di samping doa-doa di atas, kita juga
boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab
(makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa.
Sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya doa
yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.”
– Hadis riwayat Ibn Majah
2.
Menyegerakan Berbuka Puasa.
Disunnahkan juga kita menyegerakan
berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau
dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran
atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik
hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa.” –
Hadis riwayat al-Tirmizi
3.
Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.
Rutab adalah buah kurma yang masak dan
tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah
dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan
buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi SAW Anas bin Malik r.a
berkata:
“Rasulullah s.a.w
berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda
akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa
teguk air.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmizi
4.
Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.
Hadis di atas tidak menafikan bahawa
Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat Maghrib setelah berbuka puasa dengan
rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang
disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah
didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan
solatMaghrib.
Sabda Rasulullah SAW :
“Apabila seseorang
dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan
makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu
sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” – Hadis riwayat al-Bukhari
Menurut Imam al-Nawawi : “Di dalam
hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak
dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan
khusyuk.”
5.
Berbuka Puasa Secara Sederhana.
Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu
berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk
tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan
untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan
ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan.
6.
Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.
Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya
mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa
terutamanya kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa
musibah.
Firman Allah SWT :
“Mereka juga
memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang
miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati):
Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami
langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima
kasih.” – Surah al-Insan: 8-9.
Menjamu makan untuk berbuka puasa telah
dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang
yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya.
Sabda baginda
SAW :
“Sesiapa yang
menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti
pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak
dikurangkan walau sedikit.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.
Sumber: Iluvislam.com
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
12 comments
NICE SHARING :D
thanks yumida ! :)
Sharing is caring ya naa...(^_^)
yup nice sharing =)
Info berguna untuk M. tq dear...
Assalam, inilah keindahan bila kita mengikut adab dan saranan dari Rasulullah... Banyakkebaikan yg kita boleh dapat... tapi kita nie bila nek berbuka saja pasti penuh meja dengan hidangan yg di beli di bazar Ramadhan... ok lah dah nak berbuka nie... Wassalam...
tq ktk atas info tok ^^
tq for sharing dear
TQ for info...
ilmu yg bermanfaat utk panduan kita semua. :)
alhamdulillah nice sharing..ilmu yg manfaat :)
:)
memang berbuka ngan air la kan..kang tersedak lak makan..hehe~ :P
perkongsian yg menarik..terima kaseh. :)