KLIK BANNER UTK JOIN
Bapak saya adalah yang terbaik kerana bapak
bertindak sebagai ketua rumah yang amat bertanggungjawab dalam mencari
nafkah membesarkan kami sekeluarga, juga mengajar
dan membimbing kami dalam soal
agama, pendidikan, adat dan menjadikan kami insan yang penuh adab. Bapak juga pendokong dalam kejayaan kami beradik dalam menjejak kaki ke menara
gading. Begitu banyak pengorbanan
bapak juga kesabarannya dalam
menjaga kami sehingga kami dewasa ini. Tabahnya
bapak apabila mengisi kekosongan
tempat ibu, mendodoikan sang adik yg menangis dalam buaian, tergesa-gesa
memasak di dapur, mengajar abang membuat kira-kira, juga bersengkang mata untuk
ke tempat kerja demi mendapatkan rezeki yang halal untuk kami sekeluarga. Keranamu
bapak, kami merasa terhutang budi dan
akan sentiasa membahagiakan hatimu, seperti mana bapak mengembirakan kami
ketika zaman kanak-kanak kami. I love u bapak. Bapaklah salah seorang ayah mithali di muka bumi ini. Syukran
Ya Allah.
“Tidak ada sesuatu pemberian yang lebih baik
daripada seseorang ayah kepada anaknya selain daripada budi pekerti yang baik.”
Hadis riwayat
at-Tirmizi
‘SELAMAT HARI
BAPAK KHAS UNTUKMU TUAN HAJI HANAFI’
TAMAT: 30 JUN 2012
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓