Arra Ahmad 7th Wedding Anniversary Contest


1st of all, nak ucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yg ke-7 utk Pn. Arra Ahmad & En. PPP pd 7 April nanti. Semoga ikatan yg telah dibina ini akan sentiasa kukuh, romantis, bahagia  hingga akhir hayat.


Doa Buat Sang Suami

Ya Allah…
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah aku Ya Allah..
Peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu

Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah..Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku
Amin.. Ya Rabbal Alamin.

Tag pd blogger sporting di bwh:

Jom kengkwn...kita meriahkan lg kontes ni !
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

21 comments

thanks yumida..cantik..terutama tang bunga rose tu..hihi
good luck

buat sendiri vector tu? wah.. pro lah.

hoho...comel nyer kartun tu...merah hitam...kontra giler...heee~

thankz tag kak...

kmk join...

http://masrinasidek.blogspot.com/2012/03/arra-ahmad-7th-wedding-anniversary.html

cantik lah.. dya tak reti nk buat mcm tu..

bagusnya doa tu Yumida,boleh diamalkan ni..

happy anniversary utk beliau :)

mia: aah..bt sndiri doodle tu...dlm usaha blaja jgk sis

mr. clive: ahaha....kontra kn bez...kan..mcm langit ngn bumi..

maszsidek: horeyyy...cm ya la...bok meriah

dyabunga: thanks...klo dya try n practice byk kali...sure lebih hebat dri pic tu

ummiross: aah kak...sy baca...mmg touching la...

kmk mok suami mek camya juak eir..

aminnn...aku copy doa ni tau. =) happy aniversary untuk mereka.

nice sgt... gd luck ye..
sy pun join ^_^