Sebelum Banjir
Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat
persediaan banjir tempatan.
Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis.
Bersihkan
halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk
melaluinya.
Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda,
buat plan dan latihan pemindahan kecemasan.
Sediakan Peralatan Kecemasan.
Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
Sebelum Banjir - Semasa Tanda-Tanda Dikesan
Dengar pengumuman dari radio.
Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa
banjir air mungkin menjadi kotor.
Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.
Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam
bekas kalis air.
Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
Semasa Banjir - Di Dalam Rumah
Dengar pengumuman dari radio.
Bersedia dengan peralatan kecemasan.
Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
Semasa Banjir
Semasa Banjir- Di Luar Rumah
Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.
Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan
anda.
Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan
mahupun berjalan kaki.
Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang,
sungai atau lombong.
Jangan minum air banjir.
Semasa Banjir - Di Dalam Kenderaan
Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik.
Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia,
pergi ke tempat yang selamat.
Semasa Banjir - Semasa Pemindahan
Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.
Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang, ianya
lebih mudah dan selamat.
Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
Selepas Banjir
Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan
kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
Beri bantuan kepada jiran anda atau orang-orang yang kurang upaya
(Orang tua, kanak-kanak atau orang-orang cacat).
Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan ianya
mungkin tidak selamat.
Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati
banyak bahaya-bahaya yang tersembunyi.
Selepas Banjir - Semasa Memasuki
Bangunan
Pakai kasut.
Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
Periksa sebarang tanda kehadiran binatang atau serangga berbisa dan
merbahaya.
Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bersepah
dilantai rumah anda.
Perhatian siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan
jatuh.
Selepas Banjir - Periksa Ancaman Bahaya
Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.
Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa
banjir
(Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya).
Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir
termasuk makanan dalam tin.
Periksa kerosakan tangki septik untuk elekkan bahaya biologi.
Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa.
Air pasang |
View Jambatan Titi |
Air sudah mau naik |
Jom Swimming! |
Jom Menjala Ikan! |
Jom Menombak Ikan! |
Boleh Pasang Bubu Ikan di Sini......Sila2 |
Ketinggian Air |
Jom Pancing di Sini! |
Seronoknya kalau dpt mandi di sini
Kalau 2 orang mandi......2ronok
Hihihi
*versi Si Johan - Edisi Khas
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
17 comments
pa cam mok surut dah ya?.. mok jak berenang sia.. padahal siktauk berenang.haha, mun rah jemoreng baruk ya, mala banjir besar sampey bumbung rumah.. best aie suasana banjir sejok jakk..tapi, yalah.. malapetaka sik semua suka walaupun suasana best.. yahh panjang juak kmk komen tok? haha.
umie: aek ya ekot suka atinya...mun nya da mood...alu kin nait..tp lom tahap besar la..juz suka2 nk basah kt tiang umah...k nyuroh mek org rindok ati nangga ikan lompat sia sitok
lengkap langkah2 menghadapi banjir.. sana selalu banjir ye?
wow, ni tempat awak ke?
syukur tmpat sy xbanjir...sbb kat kaki bukit...
Musim banjir nang best.. Dapat men jet ski...
imbobo: banjir...utk kwsn yg rendah..panduan banjir utk semua
izuan: x...skolah
jasman: org ckp klo umah kt kwsn tggi...air paip sgt slow..ye ke
amirfx: haha...ktk men jet ski time banjir la...aek byk zat ya
cantiknya pemandangan macam sekolah pula...hehehe...memang best kalau banjir tapi kalau dapat penyakit kencing tikus macam mana...huhuhu...ngeri tu...
kancil: aah...berhati2 ketika banjir..jg pemakanan kita
rah cney sekolah ya?mcm pernah tgk jak sebelum tok...
memang dah ada kan amaran aek akan nait lebih besar taun tok.. hopefully ya cuma ramalan ajak.. mudahan semua sik la seterok ya...
memang tempat tu selalu berair pasal tu ada jambatan kan hehee..jom berkubang
woww.ada undang x.bleh la kmk org bekampung ngail undang rah sia.hih
kalo ramai yg mandi beronok ronok...haha
kacaknya pemandangan cya..hehe, mesti lekak ujan lebat ya.. umah kmk x penah gik kena banjir..sebab atas bukit..huhu, mintak jauh laa dari banjir :)
kacak jak tempat ya koh mcm tenang jak cne ya ka?
rama2: kt sekolah ya