Petua Rumahtangga Harmoni



(1) PETUA RUMAHTANGGA BAHAGIA

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumahtangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya."



(2) 16 PETUA AGAR SUAMI TERTARIK

Beberapa petua yang disediakan ini kemungkinan dapat membantu anda dalam usaha menambat hati suami:
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Apabila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai aktiviti suami sepanjang hari, (jika suami dalam mood yang sesuai). Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya keluarga suami terutama ibu mentua, mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Sekali sekala cuba hidangkan resipi ibu mentua yang menjadi kegemaran suami. Beri pujian terhadap penampilan suami seperti rambut, wajah,pakaian dan sebagainya.

6. Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati.

7. Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap.
Ucapkan terima kasih kepada suami apabila dia memberitahu akan pulang
lewat. Pesan kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami
mempunyai tugasan di luar.

8. Apabila suami meminta bantuan, buatlah serta merta dengan ikhlas dan gembira. Jangan mengungkit atau banyak memberi komen.

9. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

10 Beri perhatian sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap. Kalau boleh, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.

11 Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

12 Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.

13 Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepadanya dengan jelas mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan memaksa, sebaliknya gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

14 Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

15 Beri layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti keluar 'dating' atau 'berbulan madu' sekali sekala.

16 Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Belai dan urut mengurut suami dari semasa ke semasa.

(3) PETUA MENGASIHI SUAMI

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan, busuk pengotor, selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik
walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjimat. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan
memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda
merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan
Membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah
berkata' inginkanseseorang yang dapat membantu', jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila
umurnya 40-an.

17.Selalu la memasak untuk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga. Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yang tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda.

Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di
caci. Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita
sendiri...ubahlah sebelum terlambat.


(4) PETUA MENJAGA HATI ISTERI

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancong ke tempat-tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.



(5) PETUA MENCURAHKAN JALINAN KASIH

1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.

2. Buktikan kasih sayang daripada suami
- Hadiah dan penghargaan
- Senyuman
- Perbualan mesra
- Gurauan
- Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah
- Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain.

3. Sentuhan sayang
- Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali.
- Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami.

4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat
- Suami sebagai contoh bagi isteri
- Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri
- Suami sebagai tempat bergantung
- Sumber semangat dan kekuatan
- Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa.

5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.



(6) PETUA MENGETAHUI CINTA PASANGAN HIDUP

Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti dibawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam :

1. Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya.

2. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.

3. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkahlaku yang lemah lembut setiap hari, Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.

4. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.

5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." Serta ungkapan-ungkapan lain.

6. Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan.

7. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.

8. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.

9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.

10. Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurangan di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.

11. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesame mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.

12. Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.



(7) PETUA MENJADI LELAKI PILIHAN

Ciri-Ciri Lelaki Pilihan


1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri

Lelaki Pilihan Wanita

01. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
02. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
03. Berpendirian teguh
04. Bersikap terbuka dan matang
05. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
06. Mempunyai sifat kepemimpinan.
07. Boleh berbincang dan berterus terang
08. Penyabar
09. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

(8) PETUA MENGHADAPI PERTENGKARAN (No1)


Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian.



Hakikat Pertengkaran

1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.

2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.

3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.

4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.

5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.

6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.



(9) PETUA MENGHADAPI PERTENGKARAN (No2)

1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana.

3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti:- "Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.

8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena inia akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.



(10) PETUA MEMILIH WANITA IDAMAN

Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.

Calon-calon isteri pilihan.
1. Wanita yang solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal.

Sebenarnya masih terlalu banyak tujuan perkahwinan menurut ajaran Islam, namun secara amnya perkahwinan atau pernikahan menurut Islam antara lain bertujuan:

1. Menjamin proses kehidupan manusia
2. Memelihara masyarakat dari kehancuran budi pekerti
3. Mewujudkan ketenangan rohani bagi pasangan suami isteri



Doa dikurniakan Keluarga Bahagia


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"
(Al-Furqaan : 74)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓