Menang Hadiah Kereta Sijil Simpanan Premium (SSP BSN)

Harap maklum, bukan aku yang menang tapi orang lain. Nak update betapa teruja orang ni bila disahkan dia pemenang menerusi cabutan bertuah Sijil Simpanan Premium (SSP BSN). Kereta Axia lagi tu. Wah! Untung la. Pemenang lucky draw Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) adalah orang Sabah menerusi cabutan yang dibuat bulan Februari lepas. Inilah dinamakan rezeki durian runtuh! Mahal tu wei kereta Axia. Siapa yang nak kasi kita free…

Beli Sijil Simpanan Premium (SSP BSN), harga 1 unit sijil SSP BSN, cabutan bertuah lucky draw Sijil Simpanan Premium BSN, hadiah menang cabutan bertuah SSP BSN, cara elak cukai GST dengan beli sijil SSP BSN, gambar Sijil Simpanan Premium BSN, blogger beli sijil SSP BSN dengan duit hasil berblog, konsep halal sijil SSP BSN, status terkini pematuhan syariah skim Sijil Simpanan Premium BSN, peraduan cabutan bertuah 2015

Aku pernah terbaca yang konsep SSP BSN ni tak halal. Ye ke? Tapi menurut pihak Bank Simpanan Nasional (BSN), SSP ni merupakan produk simpanan patuh syariah berasaskan konsep mudharabah. Untuk lebih lanjut, boleh baca: Status Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium BSN. Jadi, lepas baca keterangan pihak BSN dan fatwa tersebut, barulah aku yakin yang SSP BSN dibolehkan.

Lagipun ianya jugak berkonsepkan menabung. Aku pun baru berjinak-jinak dalam bidang ni. Daripada kita buang duit dengan terkejar-kejar beli gajet baru, better duit tu kita buat sebagai tabungan. Lagi banyak manfaatnya. Sambil menabung kita jugak berpeluang menang hadiah cabutan bertuah. Tak rugi pun, beruntung lagi ada.

Beli Sijil Simpanan Premium (SSP BSN), harga 1 unit sijil SSP BSN, cabutan bertuah lucky draw Sijil Simpanan Premium BSN, hadiah menang cabutan bertuah SSP BSN, cara elak cukai GST dengan beli sijil SSP BSN, gambar Sijil Simpanan Premium BSN, blogger beli sijil SSP BSN dengan duit hasil berblog, konsep halal sijil SSP BSN, status terkini pematuhan syariah skim Sijil Simpanan Premium BSN, peraduan cabutan bertuah 2015

So far aku dah beli Sijil Simpanan Premium (SSP) ni dengan menggunakan duit hasil berblog. I unit nilai sijil SSP tu berharga RM10. So, aku beli 110 unit. Then, aku hadiahkan 50 unit sijil SSP kat hb sempena birthday dia bulan Mac lepas. Total RM1,600. Sekali lagi, dengan guna duit berblogging. Yey! Seronoknya! Tak kisah kalau tak menang cabutan bertuah pun, sebab dengan beli sijil SSP BSN macam ni, ia bagi peluang menabung untuk kegunaan kita di masa hadapan.

Sekarang dah masuk zaman GST. Barangan dan perkhidmatan dah memasingnya dikenakan cukai 6 peratus. Bila aku belek-belek baju yang dijual kat kedai, aku fikir 2-3 kali nak beli. Sebab dengan pembelian baju tu, kita juga perlu bayar caj cukai 6%. Menjadikan aku seorang pemikir, kalau dulu nak beli barang main bedal je.

Last-last, aku buat keputusan bijak. Bila baju dah tak elok dalam erti kata lusuh, baru beli baju baru. Duit untuk beli baju tu digunakan untuk menabung je. Simpan kat bank. Boleh jugak dimasukkan sebagai dana untuk beli Sijil Simpanan Premium BSN (SSP). Menabung + menabung + menabung. Semenjak GST wujud, aku jadi lebih kedekut. Kikiki..kedekut takmo membazir.

9 comments

itulah bulan nih tak terasa nak membeli sangat.. beli apa yang patut jer.. apapaun semoga ada luck untuk Yumida dan husband nanti..

Salam. Hee semoga berjaya ;p

yup,sekarang ni kena lebih pentingkan menabung.jimat cermat wei.

Cara menabung antara yg terbaik kan.. selamat menabung dan semoga berjaya.. :)

Cer tanya...y menang hadiah kereta tu min mau ada brp belas ribu br ble dpt bmw atau mercedes ya?

budak yg menang kereta hari tu dia baru 6 bulan beli sijil ssp terus menang bmw. entah berapa dia labur beli sijil ssp bsn. dah rezeki dia. kita pulak masih menunggu giliran, mudahan ada kemenangan tahun 2016 ni


EmoticonEmoticon