Sinopsis Drama Teman Lelaki Upahan

Sinopsis Drama TV3 Slot Azalea Teman Lelaki Upahan
Teman Lelaki Upahan mengisahkan Kyra Lydia (Siti Elizad Sharifuddin) mengupah EL (Ungku Ismail Aziz) sebagai teman lelakinya. Hubungan yang tidak ditunjangi cinta itu berjalan dengan lancar. Keluarga Kyra Lydia merestui hubungan mereka.

Demi menyandang jawatan pengarah di syarikat ayahnya, Casa Furniture, Kyra Lydia berjaya mencipta helah demi cita-citanya itu. EL pula bersetuju 100% apabila Kyra Lydia bersetuju memberikannya sebuah banglo yang dia idam-idamkan selama ini. Dia sanggup menjadi kekasih upahan Kyra Lydia! Namun, ianya tidaklah semudah yang dia sangkakan. Kerana untuk memiliki banglo itu, dia mesti berkahwin dengan Kyra Lydia, barulah impiannya ditunaikan.

Hubungan Kyra Lydia dengan ayahnya begitu renggang. Ini kerana ayahnya telah memisahkan dirinya dengan ibu kandungnya, Azlina (Fazlina Ahmad Daud). Kyra Lydia tidak pernah memanggilnya ayah. Sebaliknya menggunakan panggilan Datuk Azham (Rahim Omar). Malahan, dia juga turut membenci ibu tirinya, Datin Izzaty (Zarynn Min).

EL menerima tawaran Kyra Lydia dengan mudah. Selepas hatinya kecewa dek cinta tak kesampaian terhadap Zara (Izara Aisyah). Tambahan lagi, godaan banglo yang mewah itu membuatkan dirinya bersetuju.

Siapa sangka, hubungan istimewa sebagai teman lelaki upahan telah melahirkan bibit-bibit cinta antara mereka. Mereka disatukan dalam sebuah majlis perkahwinan yang gilang-gemilang.

Namun, kebahagiaan yang dikecapi tidaklah berpanjangan. Perkahwinan mereka diuji dengan bermacam ujian hebat. Hingga timbul rasa dendam di antara mereka! Perkahwinan mereka menjadi goyah.

Apakah yang mencetuskan dendam dalam rumah tangga EL dan Kyra Lydia? Bahagiakah mereka berdua? Saksikan segalanya menerusi drama TV3 Teman Lelaki Upahan.


Tonton Drama Teman Lelaki Upahan di kaca tv:

 Sinopsis Teman Lelaki Upahan, Sinopsis drama TV3 slot Azalea Teman Lelaki Upahan, review, preview Teman Lelaki Upahan, gambar Teman Lelaki Upahan, drama TV3 Teman Lelaki Upahan menggantikan drama Istikharah Cinta
Gambar Drama TV3 Teman Lelaki Upahan

Saksikan Teman Lelaki Upahan
Drama Slot Azalea
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 7.00 – 8.00 malam

Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

4 comments

SITI ELIZAD & UNGKU AZIZ ISMAIL dua-duanya pelakon lama. byk kali gak berlakon drama before ni

saya rasa lebih suka hero ni berbanding zul ariffin yg saya rasakan lakonannya geli2 belaka hahaha
baca novel jee tak tengok drama kat tv malas nak tunggu ending haha