Sinopsis Luluhnya Sebuah Ikrar

Sinopsis Drama TV9 Luluhnya Sebuah Ikrar
Luluhnya Sebuah Ikrar mengisahkan Yati (Sara Ali), gadis cilik berperwatakan tegas menjalani latihan praktikal di sebuah firma guaman. Apa sahaja pandangannya, akan dilontarkan sehabisnya. Perwatakannya yang unik, lain daripada gadis biasa, berjaya mencuit hati Shahrul (Ryzal Jaafar) iaitu pengarah di syarikat guaman itu.

Sinopsis drama TV9 Luluhnya Sebuah Ikrar, Original Sound Track OST Luluhnya Sebuah Ikrar, download lagu Ikrar Cinta – Taufik Batisah, lagu tema drama Luluhnya Sebuah Ikrar, gambar drama TV9 Luluhnya Sebuah Ikrar, pelakon Luluhnya Sebuah Ikrar

Shahrul menunjukkan kesunggahan untuk menawan hati Yati. Hari demi hari, hati Yati cair melihat keikhlasan Shahrul mencintainya. Yati menerima kehadiran Shahrul dalam jidupnya. Bibit-bibit cinta mulai tersemai. Malah ikrar diungkap tanda cinta hati takkan berpisah.

Shahrul membawa Yati berjumpa keluarganya. Namun, kehadiran Yati berstatus keluarga biasa tidak berjaya menawan hati ibu bapa Shahrul. Mereka mengimpikan bakal menantu kaya dan berada, setaraf dengan keluarga mereka.

Walaupun tanpa restu keluarga, Shahrul nekad mengahwini Yati. Namun, siapa sangka, dugaan hebat menimpa hubungan mereka sebelum menjelangnya hari pernikahan mereka. Yati telah dirogol!

Ibu bapa Shahrul mendesak anaknya untuk membatalkan perkahwinan! Mereka amat malu bermenantukan Yati. Apatah lagi mengetahui Yati hamil dek peristiwa rogol itu. Shahrul diserang rasa serba salah.

Di rumah Yati begitu tertekan dengan nasib yang menimpa dirinya. Sudah la dirogol, malah kini dia hamil anak kepada perogol tersebut. Yati tertekan! Tidak tahu apa yang harus dibuatnya. Yati mengambil keputusan untuk berjumpa Shahrul.

Setibanya di pejabat, Yati terkejut melihat Alin (Ruzana Ibrahim) begitu mesra dengan Shahrul. Yati berang! Malah dia juga mendengar berita akan pembatalan perkahwinan mereka. Di mana Ikrar cinta Shahrul selama ini? Yati kecewa. Dia pergi membawa diri dan memutuskan untuk menggugurkan kandungannya!

Apakah yang berlaku kepada bayi tersebut? Adakah benar Yati akan menggugurkannya? Bagaimana pula dengan kisah Shahrul? Yang mana keluarga Alin mendesak untuk menyatukan mereka berdua. Pertemuan tak terduga antara Yati dan Shah (Zul Ariffin). Saksikan segalanya menerusi drama TV9 Luluhnya Sebuah Ikrar.

Pelakon Drama Luluhnya Sebuah Ikrar
Sara Ali - Yati
Shahrul - Ryzal Jaafar
Zul Ariffin - Shah
Puteri Fateen Cici – Ifa
Ruzana Ibrahim – Alin

Gambar Drama TV9 Luluhnya Sebuah Ikrar
Sinopsis drama TV9 Luluhnya Sebuah Ikrar, Original Sound Track OST Luluhnya Sebuah Ikrar, download lagu Ikrar Cinta – Taufik Batisah, lagu tema drama Luluhnya Sebuah Ikrar, gambar drama TV9 Luluhnya Sebuah Ikrar, pelakon Luluhnya Sebuah Ikrar

Original Sound Track OST Luluhnya Sebuah Ikrar
Lagu Tema Drama Luluhnya Sebuah Ikrar
Lagu: Ikrar Kasih
Penyanyi: Taufik Batisah

Saksikan Luluhnya Sebuah Ikrar
Hari: Sabtu – Ahad
Jam: 10.00 pagi – 11.00 pagi
Saluran: TV9
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

1 comments so far

Salam singgah hujung minggu dik yumida...suka tengok drama ni...best..tapi sabtu tak dpt tengok sbb tengah kerja pula..