Sinopsis Drama Antidot

Sinopsis Antidot Drama TV3 Slot Aksi
Drama Aksi di TV3 menampilkan drama terbaru berjudul ANTIDOT. Drama ini berilhamkan drama siri Amerika The Walking Dead. Sangat famous drama ni. Malah sering dimainkan kat kaca tv di saluran HBO. Drama Antidot mengisahkan beberapa orang saintis pakar virus yang bersaing untuk menghasilkan penawar melawan virus yang boleh menyebabkan manusia mati dan bertukar menjadi zombie di Malaysia.

Sinopsis Antidot drama TV3 Slot Aksi, review drama Antidot, gambar drama TV3 Antidot, pelakon drama Antidot, Remy Ishak – Fatah, Nad Zainal – Frida, Kamal Adli – Alam, Nabila Huda – Teja, serangan virus zombie di Malaysia

Superhero yang terdiri Remy Ishak (Fatah), Nad Zainal (Frida), Kamal Adli (Alam) dan Nabila Huda (Teja) berusaha untuk menyelamatkan manusia daripada serangan virus zombie. Ianya bermula apabila kawasan di Lembah Klang diserang oleh penyakit misteri. Doktor dan pakar virus sendiri tidak dapat mengetahui virus apa yang merebak dan menjangkakan ianya virus yang baru di jumpai.

Pakar virus, Frida menyedari kesan daripada jangkitan ini ialah demam panas, halusinasi, paranoia atau tidak sedarkan diri dan akhirnya mereka yang dijangkiti boleh menjadi ganas, menyerang sesiapa sahaja di luar kawalan. Dalam suasana yang hiruk-pikuk dan tidak terkawal, pesakit menyerang antara satu sama lain.

Turut terkena jangkitan ini adalah suami kepada Teja. Teja meminta bantuan daripada Alam untuk menjaga anaknya Aini. Semasa ingin melawat suaminya di hospital, Alam cuai dan Aini terlepas dari pandangannya.

Bagaimana dengan nasib Aini kelak? Adakah Aini juga bakal diserang virus zombie? Seperti mana yang terjadi terhadap ayahnya. Dapatkah 4 superhero ini menyelamatkan manusia dari ancaman zombie? Jom saksikan segalanya menerusi drama slot Aksi ni Antidot di TV3. Kredit: Sinopsis Drama Antidot & Review Drama Antidot TV3

Gambar Drama Antidot
 Sinopsis Antidot drama TV3 Slot Aksi, review drama Antidot, gambar drama TV3 Antidot, pelakon drama Antidot, Remy Ishak – Fatah, Nad Zainal – Frida, Kamal Adli – Alam, Nabila Huda – Teja, serangan virus zombie di Malaysia

Pelakon Drama Antidot
Remy Ishak - Fatah
Nad Zainal - Frida
Kamal Adli - Alam
Nabila Huda - Teja

Saksikan drama Antidot Slot Aksi TV3
Jmlah episod drama Antidot: 13
Hari: Selasa
Jam: 10.00 malam – 11.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓