Bila Waktu Tamat Sah Solat Subuh

PERSOALAN
Bila sebenarnya waktu tamat sah bagi solat Subuh?

Situasi: Kalau kita terlewat bangun pagi, matahari dah kian meninggi adakah kita masih dibolehkan untuk menggunakan niat solat Subuh? Atau kita terus qada solat Subuh tadi? 

Bila Waktu Tamat Sah Solat Subuh, solat subuh qada, solat subuh dalam waktunya

JAWAPAN

Solat ada 2 jenis:
1) Qada
2) Dengan niat “ada-an” iaitu dikerjakan dalam waktunya

Jika solat Subuh dilakukan ketika waktu masih ada walaupun hanya dapat 1 rakaat, maka ia masih lagi dalam waktu. Sebaliknya, jika solat Subuh ketika waktu berakhir, namanya qada. Yang perlu dilakukan sekarang ialah menyemak bila Subuh berakhir kerana waktu solat setiap hari tidak sama. Jika matahari sudah terbit jam 7 pagi dan solat yang dilakukan sebelum waktu itu masih dikira dalam waktunya. Sebaliknya, jika anda mengerjakan solat Subuh selepas matahari terbit, bererti anda akan qada solat Subuh tersebut.
Moga perkongsian ini memberi maklumat sejelasnya pada diri kita. Moga tiada lagi rasa ragu-ragu akan waktu sah solat Subuh. Assalamualaikum…

9 comments

salam hujung minggu, perkongsian yg baik..:)

thank for sharing kak yumida :)

Bagus perkongsian Yumida... Moga kita semua menjaga waktu solat sebaiknya ^_^

Alhamdulillah, , terima kasih kerana berkongsi maklumat..

Wah..ini pengetahuan yang bermanfaat nih


EmoticonEmoticon