Jangan rosakkan anak dengan kasih sayang

Jangan rosakkan anak dengan kasih sayang. Betul! Aku sokong sangat. Kasih sayang berlebih-lebihan terutama dalam mendisiplin anak-anak akan memberi kesan pada diri mereka.

Pelbagai cara dan usaha dilakukan ibu bapa bagi menunjukkan rasa kasih yang mendalam kepada zuriat masing-masing. Bagaimanapun, dalam keghairahan mencurahkan kasih sayang, ditambah pula ekonomi keluarga yang semakin baik, ramai ibu bapa tersilap langkah dan mempamerkan konsep sayang yang ‘merosakkan’ anak mereka.

Ada ibu bapa sanggup menurut apa saja permintaan anak baik dari segi material mahupun keperluan harian. Segelintir ibu berasa kasihan melihat anak mereka meminta gula-gula, ais krim dan coklat, lalu membelikannya manakala anak pula dibiar menikmatinya sepanjang hari. Bukan sahaja terjadi pada ibu bapa, malah si nenek jugak. Kerana kesiankan cucu nakkan gula-gula atau apa-apa snek manisan dijual di kedai, mereka akan turutkan kehendak si anak/cucu.

Jangan rosakkan anak dengan kasih sayang, keburukan memanjakan anak, kesilapan ibu bapa mendidik anak, cara membimbing anak-anak.

Tidak cukup dengan itu, anak zaman moden ditatang bagai minyak yang penuh dan setiap permintaan mendapatkan peranti mudah alih termasuk telefon pintar dan tablet dipenuhi. Bagi ‘membeli’ kasih sayang anak, ibu bapa bersikap kurang tegas dalam mendidik dan mendapatkan apa saja yang diminta anak sebagai menunjukkan rasa cinta yang mendalam.

Biarpun setiap permintaan berbentuk bahan material diberikan kepada anak, ia tidak mungkin dapat menggantikan keperluan jiwa anak yang mahukan belaian kasih-sayang, perhatian, bimbingan dan sokongan ibu bapa dalam membesarkan mereka.

Bimbingan ibu bapa bukan sekadar membabitkan perlakuan positif, kata-kata membina, tetapi ia meliputi gaya hidup terbaik yang akan menjadi ikutan dan tersemat kemas dalam diri anak-anak untuk sepanjang hayat mereka. 

15 comments

Benar sekali Yumida.. Anak adalah Amanah dari Allah

http://pemudattbc.blogspot.com/2014/08/akhlak-mujahideen-palestin.html

#WeSupportQassam
#WeBoikotZionis

sy pn jenis kasihan kan ank..tapi harapnye sy mampu didik dia utk menjadi org yg tahu menghargai..dn tidak menggunakan kekurangan sy sbgi sorg ibu ni utk meminta yg bukan2.

betul tu...ada masa dan perkara, perlu ditegur...mudah2an saya tak terlalu manjakan anak saya sangat...

betul sangat.tapi kadang-kadang terrrrrmanjakan diorang jugak. nangis sikit, hulur handphone utk main game, hulur tab tengok kartun.. aduhaiii

yes... setuju... saya juga kadang2 leka dgn tuntutan kasih syg terhadap ank... kdg2 sedar dan kdg2 terlupa... TQ utk peringatan ini...

tq for sharing

Betul..misalnya smartphone dan tablet tu, kalau kena caranya memang bagus untuk anak2.tapi mak pak sekarang lebih suka guna kan gajet2 ni untuk tenangkan anak.rosak anak kalau ianya berterusan..

setuju ngn cik akk..nk manjakan pon kne berpada2 :)

sangat setuju.. persekitaran zara kat sni, zara noticed family skang lebih kan sgt penuhi kesemua kehendak anak2, menangkan anak contoh nya.. boleh mcm tuu tapi jan tlalu over sgt kan sis ?? hmmm..

setuju sangat.. saya pun harap saya dapat mengawal anak2 agar menjadi anak yang baik.. info yang berguna untuk saya juga sebagai ibu..


EmoticonEmoticon