Saya mahu duit raya daripada sekilass.com

 KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 22/08/2014


Gambar kemeriahan Raya tahun 2014

Sebab saya mahu duit raya daripada sekilass.com kerana…
1. Agar saya boleh mengakses internet di penghujung bulan Syawal ini, memandangkan saya sendiri menggunakan broadband Celcom jenis topup. Yang memerlukan kredit topup setiap bulan. Andai dapat hadiah duit raya daripada sekilass.com, alangkah seronoknya. Boleh saya topupkan kredit broadband. Boleh saya kongsikan kisah Raya, saki baki biskut yang masih tinggal selepas sambutan Raya, omelan mengenai hari kemerdekaan dan hari Malaysia yang bakal menjelang tak lama lagi…boleh membebel di blog, Facebook, Twitter dan Instagram.
2. Hadiah duit Raya tu nanti boleh cover perbelanjaan bagi persiapan membuat kek dan biskut Raya lepas. Memandangkan banyak perbelanjaan dikeluarkan untuk kos membuat kek/biskut. Adalah 1 bonus bagi saya jika terpilih mendapat hadiah duit Raya daripada sekilass.com. Syukur sesangat.
3. Hadiah duit Raya sebagai sebahagian bajet untuk beli minuman drinking water 2 kotak. Sekarang ni kat tempat saya menghadapi masalah ketiadaan air yang dah berlangsung selama 3 minggu berturut-turut. Tangki biru simpanan air dah makin cetek. Nak pi jerang air pun, ada tompok kaler hitam dan coklat. Dah tak sanggup nak minum lagi. So, andai ditakdirkan rezeki buat saya, semestinya saya akan happy! Dapat la menambah 2 kotak lagi minuman drinking water. Air bersih untuk diminum.
4. Hadiah duit Raya dapat saya kongsikan bersama kucing-kucing kat rumah. Plan nak bagi wet food. Ala yang bungkus kecil tu, 1 bungkus harga RM1.50. Ingat nak rembat 4 bungkus. Sesekala kucing layan makanan berkhasiat sure diorang suka giler.
5. Nak buat simpanan jugak. Kot-kot ada rezeki kan..hihi. Selepas ditolak dengan semua di atas, baki simpanan masuk dalam bank. Moga-moga beranak pinak la duit di dalam. Menabung penting untuk masa depan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Itulah perancangannya. Itu pun kalau ada rezeki. Alangkah seronoknya jika terpilih sebagai pemenang bertuah.

6 comments


EmoticonEmoticon