Takde air, takde elektrik, takde signal handphone

Pergh! 3 sekaligus berlaku serentak! Takde elektrik bermula pagi ni hingga petang nanti. Takde air memang dah lama dah. Berlarutan 3 minggu takde air. Takde signal handphone bermula Khamis lepas hingga ke hari ni. 1 line pun takde..kosong..kosong. Rasa macam jauh terpinggir dari pemodenan Malaysia. Haiya…dugaan.

Ketiadaan air yang dah berlaku sekian lama, tak aku ketahui puncanya. Nasib baik pakcik lori sudi hantarkan air. Alhamdulillah, dengan air tu dapat la digunakan untuk kegunaan harian.


Takde elektrik, hope bukanlah berlaku dalam tempoh yang lama. Pernah berlaku sampai ke tengah malam pun elektrik masih tak kunjung tiba.  

Takde signal handphone. Yang ni buat aku pelik. Tetibe takde line telefon. 1 bar pun takde..memang kosong. Agak payah bila kita menunggu panggilan yang begitu penting. Apakan daya, aku hanya insan biasa. Bukan superman yang boleh baiki kesemua. Menunggu…ye…menunggu je la…

Hari Sabtu hari ni, aku dah plan dengan insan tersayang. Nak pergi dating menenangkan hati. Hihi.. Hope balik petang nanti, elektrik dah ada. 

5 comments


EmoticonEmoticon