Tikar Evamatic Percuma Dari JOM SINGGAH SHOPPE sempena Hari BAPA

KLIK BANNER UTK JOIN

UCAPAN UTKMU BAPAK:


Bapak..bapak merupakan yang terbaik dalam hidup yumida. Selain berperanan sebagai ketua rumah yang bertanggungjawab dalam mencari nafkah membesarkan kami sekeluarga, bapak juga mengajar dan membimbing kami adik-beradik dalam soal agama, pendidikan, adat dan menjadikan kami insan yang penuh adab. Bapak juga pendokong dalam kejayaan kami beradik dalam menjejak kaki ke menara gading. Begitu banyak pengorbanan bapak juga kesabaran dalam menjaga kami sehingga kami dewasa ini. Tabahnya bapak apabila mengisi kekosongan tempat ibu, mendodoikan sang adik yg menangis dalam buaian, tergesa-gesa memasak di dapur, mengajar abang membuat kira-kira, juga bersengkang mata untuk ke tempat kerja demi mendapatkan rezeki yang halal untuk kami sekeluarga. Keranamu bapak, kami merasa terhutang budi dan akan sentiasa membahagiakan hatimu, seperti mana bapak mengembirakan kami ketika zaman kanak-kanak kami. I love u bapak. Bapaklah salah seorang ayah mithali di muka bumi ini. Syukran Ya Allah.

“Tidak ada sesuatu pemberian yang lebih baik daripada seseorang ayah kepada anaknya selain daripada budi pekerti yang baik.”
Hadis riwayat at-Tirmizi

‘SELAMAT HARI BAPAK KHAS UNTUKMU TUAN HAJI HANAFI



Sebak pulak aku rasa ;(

TAMAT: 23 JUN 2013


EmoticonEmoticon