Ben Ashaari at WHI TV3 “Suamiku Surirumah”


Hari ini 14 Jun 2013...blogger famous amos kita dijemput sebagai tetamu undangan dlm Wanita Hari Ini..di TV3 bermula 12 tengah hari sehingga 1 petang. Rancangan yg mengambil masa 1 jam ni membincangkan topik Suamiku Surirumah.


Actually, beberapa hari yg lepas..aku ade terpandang status yg di update oleh bro Ben ni dlm fb. Katanye dia bakal dijemput dlm WHI..Jumaat ni. So, aku pun record la rancangan ni. Takut ter-miss pulak kan. Mudahnya dgn PVR, segalanya blh direcord tanpa perlu kita menunggu n terpacak depan tv. Yeah..kasi promote sikit.


See..beginilah rupanya hasil rekod menggunakan PVR nih. Bila2 free boleh tengok program yg dah di rakam nih. Nak ulang tayang beberapa ratus kali pun blh. Paling bez blh kasi cepatkan iklan tanpa perlu menunggu lama2.

Temuramah ni membabitkan 2 orang pengacara popular WHI iaitu..
Nor Azzura Azizul Azman & Hazrena Kassim


Temuramah PART 1


Pengacara:
Jom kita bersama dgn seorang suami yg banyak melakukan tugasan di rumah iaitu bersama dgn Encik Ben Ashaari. Terima kasih bersama dgn kami hari ni...dan juga seorang blogger.

Ben Ashaari:
Terima kasih..



Temuramah PART 2


Pengacara:
Sekarang ni sukar utk masyarakat kita nak menerima sepenuhnya. Mungkin Encik Ben blh terangkan sedikit bermulanya orang kata satu impian ataupun keputusan utk menjadi surirumah dlm masa yg sama bergelar blogger ni. Apa yg membuatkan Ben sendiri membuat keputusan yg saya rasakan cukup besar nak menjaga rumah tangga, anak2 dan sebagainya.

Ben Ashaari:
Ok.Apa yg membuatkan saya membuat keputusan utk menjadi surirumah tangga ni.. Bukan mudah sebenarnya. Tapi selepas dapat tahu wife mengandung..dlm 2 tahun mencuba. Saya nekad nak jaga anak sendiri. Nak membesarkan anak sendiri. Pada masa yg sama jugak, saya nak menjana pendapatan melalui rumah. Maknanya saya tak perlu tinggalkan dia. Ataupun kena keluar pejabat dan letak anak pergi taska. Di pejabat pun saya kena fikir utk anak2 dekat taska tu jugak. Jadi, saya rasa tanggungjawab utk jaga anak sendiri setelah berbincang dgn isteri dan juga keluarga.

Pengacara:
Jarang2 kita dengar suami bertanggungjawab jaga anak sendiri ye. Sejak bila tu Encik Ben? Blh terangkan sedikit.

Ben Ashaari:
Dekat 2 tahun saya bergelar surirumah tangga. Saya bergelar blogger dah 5 tahun. Jadi, 2 tahun tu memang mencabarlah. Saya sendiri mencabar diri saya sendiri. Bagaimana nak jaga baby dari kecik tu hingga ke besar. Menyusu..nak tukar pampers semua tu kan. “Boleh ke abang buat?”. Tapi, saya cuba.



Temuramah PART 3


Pengacara:
Cerita sebegini saya tertarik sebenarnya..macam  mana agaknya reaksi di peringkat awal? Keluarga Encik Ben blh menerimanya. Tetapi bagaimana dgn mertua? Adakah blh menerima situasi yg dialami tu mungkin?

Ben Ashaari:
Mula2 sukar jugak. Lebih2 lagi nak jaga baby yg kecil tu..boleh ke saya muda nak tukar pampers seorang diri. Berkat tunjuk ajar drpd mertua sendiri dan juga isteri, dan juga rakan2 di internet. Mereka ada bagi galakkan. Kalau ada masalah pun saya akan tanya mereka dan bagi tunjuk ajar. Dari situ saya dapat semangat. Maknanya kalau mereka blh buat..perempuan blh buat..lelaki tak kan lah tak blh buat.

Pengacara:
Tapi yg pastinya Zura..saya percaya Encik Ben ni bertuah kerana mendapat kepercayaan isteri utk menjadi suri rumah.  



Haaa..gitulah al-kisah temuramah tu. Berpeluh2 aku rakam video nih. Mula2 record pakai PVR. Then, nak ambik data tu x blh transfer ke lappy. So, aku record semula pakai camera Sony. Nampak bergoyang2 sedikit video tu. Al-maklumlah aku ni jurugambar x professional. Ahahak... Then, after berjaya dirakam, aku pindahkan data ke lappy. Seterusnya di upload ke youtube. Supaya korang semua blh tengok. Baik x aku? Hewhewhew..

Meh kasi LIKE fanpage aku..kita geng wokeh..



*Tak dinafikan tugas sebagai surirumah merupakan tugas yg amat mencabar dari segi mental dan fizikal. Sering kali tugas ni di anggap enteng oleh sesetengah pihak. Aku amat kagumi seseorang yg bergelar surirumah yg hebat di dapur, hebat mengemas rumah, hebat menguruskan anak2/ keluarga, hebat meletak hala tuju penghuni rumah. Sesekala..kita berikan rehat pd surirumah kita sebagai tanda penghargaan kita pd mereka. Especially bila weekend tuuu...manfaatkanlah penyapu, periuk, kuali..dgn sebaiknya. Hikhikhik..

25 comments

tq share... wpun duduk rumah tapi still ada pendapatan. Best jadi wife dia, balik rumah semua dah settle..lalalala

Dah nak tamat baru tgk tadi.. tu kali pertama tgk Ben Ashaari dan dengar suara dia.. dgr tajuk dan blogger je dah bleh agk mesti Abg Ben...terus berlari depan tv.. BETOL RUPANYA!!

doodle untuk peserta segmen tercepat by ASJ dah siap.. jgn lupa ambil.. :)
http://sherlyanna-angiela.blogspot.com/2013/06/doodle-untuk-peserta-segmen-tercepat-by.html

cikna tengok jugak tadi. ingatkan ada qhaliff sekali. ;)

isk kmk sik nga eh...sebab kerja...untung katk dik dapat rekod...maok juak nga bang ben tek...huhu

kagum dengan Abg Ben..berani untuk mencabar kemampuan diri. bukan senang utk jadi surirumah kan. kita yang perempuan ni pun kadang mengaduh penat

First time dengar suara Abang Ben.. Hihi..

Berpeluh2 awk merakamnya dgn PVR hehe...promote banyak tu :P

BA memang bertuah dpt kepercayaan isteri jadi surirumah..

ye ade tgok bro Ben ni kat tv3 tongah hari tadi. cool jd surirumah.

gitu

amal astro biasa jerr...
xde rekod2 ni.. hehe

js pun xsmpt nk tengok prog tu..nasib yumida ada rekod..hehe

wah best jugak ada pvr ni..hehehe boleh pujuk hubby ngeee...best kan boleh rekod apa kita suka..

itulah bangga dengan kawan blogger macam BA...boleh jadi contoh kepada pasangan lain yang mungkin berdepan situasi sebegini ^^

oh, maksudnya abg Ben tak takde pergi kerja lah ya, buat duit dari rumah jer.. baru sy tahu.

Macam mana masukkan video tu ek. Siap ada gambar lagik.

fuh! sis siap rekod? memang peminat tegar ben ashaari ni hehehe.

haa ? dia tu mmg suri rumah ke ? haha,

Wahhh...yumida rekod, dapatlah Nur tgk...tak tgk, Nur kerja hari ni... :)

sy pn baru tgok dkt tonton tadi.. hehehe.. biasalah rumah xde tv...huhuhu sib baik ada tonton..hehehe

sy pn baru tgok dkt tonton tadi.. hehehe.. biasalah rumah xde tv...huhuhu sib baik ada tonton..hehehe

ehe...nampaknya...akak sorang je yg tak kenal ben...ekkkiiii...

pergh... kalau boleh buat pendapatan kat rumah, x de hal rasanya kalau suami nk jadi surirumah. heheh

xde hal rasanya kalau masing2 leh handle tugas baru masing2 :))


EmoticonEmoticon