Showing posts with label Maharaja Lawak Mega 2013. Show all posts
Showing posts with label Maharaja Lawak Mega 2013. Show all posts

Sepahtu juara Maharaja Lawak Mega 2013

Tahniah diucapkan buat Sepahtu atas kejayaan mereka bergelar juara Maharaja Lawak Mega 2013 pada 7 Februari 2014. Sepahtu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro. Tahniah Sepahtu!!! Sepahtu dianggotai Jep, Shuib dan Rahim.

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 12

Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 12 telah disiarkan sebentar tadi, 31 Januari 2014. Korang ada tengok? Pssssst…untuk minggu dua belas ni siapa peserta yang menggeletek hati korang? Yumida suka persembahan Sepahtu dan Jambu.

Barisan artis yang turut sama berganding bahu menyokong kumpulan kegemaran masing-masing. Antaranya…
Sepahtu – Abby Yus
Jambu – Dato’ Rosyam Nor
Nabil – Harith Iskander
Bocey – Hairul
Shiro – Awie

Tiada penyingkiran Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 12

Minggu ke-12, Maharaja Lawak Mega 2013, telah berlangsung pada 31 Januari 2014 malam semalam, di mana ianya telah mencatat sejarah apabila sekali lagi diumumkan tiada penyingkiran. Sebanyak 5 kumpulan yang telah bersaing dalam Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini. Kesemuanya cuba mempamerkan lawak jenaka terbaik bagi melayakkan mereka ke peringkat akhir MLM 2013 minggu hadapan.

Penuh debaran apabila kesemua peserta berdiri di hadapan pentas untuk mendengar pengumuman penting. Siapa yang tersingkir dan siapa pula yang akan mara ke final MLM 2013. Debaran kian panas apabila Dato’ AC Mizal mengumumkan Nabil, Jambu, Shiro dan Bocey berjaya ke peringkat final. Ini bermakna Sepahtu bakal tersingkir. Tapi, bukan itu yang dijangka. Sepahtu juga mara ke final. Itu bererti kesemua peserta akan berentap minggu hadapan!

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 12, tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 12, Jambu, Shiro, Nabil, Bocey dan Sepahtu
Sumber: Page Maharaja Lawak

Tahniah diucapkan buat kesemua peserta Maharaja Lawak Mega 2013. Jambu, Shiro, Nabil, Bocey dan Sepahtu all the best semuanya. Siapakah yang bakal merangkul juara MLM 2013 kali ni? Korang rasa siapa???? Mungkinkah Sepahtu? Nabil? Atau Jambu??? Pssst! Jangan lupa tengok final MLM 2013 minggu hadapan. Minggu akhir, Maharaja Lawak Mega 2013 minggu ke-13.

Saksikan minggu akhir Maharaja Lawak Mega 2013
Hari: Jumaat
Jam: 10 malam
Saluran: Astro Warna (132) & Astro Mustika HD (134)

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 11

Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 11 telah disiarkan sebentar tadi, 24 Januari 2014. Korang ada tengok? Pssssst…untuk minggu 11 ni siapa peserta yang menggeletek hati korang? Yumida suka persembahan Sepahtu, Jambu, SYJ dan Bocey.

Jambu memang kelakar sangat-sangat time dia sebut ‘driver’ tu. Memang kreatif lawak diorang. Sepahtu pun bez. Lawak mereka bersahaja. Masih pasal isu menang kereta dan anugerah man of the match. Even lawak berulang, tapi bez. Bocey lak, comel sangat tengok Abam kena pam. Macam-macam bunyi keluar.

SYJ tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 11

SYJ diumumkan sebagai kumpulan ke-11 tersingkir dari Maharaja Lawak Mega 2013, pada 24 Januari 2014 malam semalam. Kumpulan SYJ tersingkir selepas mendapat undian SMS terendah berbanding 6 kumpulan lain yang bersaing dalam Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini.

Penyingkiran kumpulan SYJ telah diumumkan oleh Nora Danish selaku juri tetap MLM 2013. Kumpulan SYJ dianggotai oleh Yassin, Shuk dan Jihan.

 SYJ tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 11
Sumber: Page Maharaja Lawak

Melihat pada persembahan SYJ di minggu 11 MLM 2013 ni, silent komedi kurang menarik perhatian. Tapi, lawak kedua mereka mantap! Terbaek! Kelakar tengok Shuk jadi penjual donut. Jihan pun bez, bersahaja. Yassin jugak, membawa watak orang tua. Adat bertanding kan, moga lebih banyak rezeki menunggu mereka di luar sana.

Sebanyak 6 kumpulan telah bersaing dalam Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu ke-11 ini antaranya Jambu, Shiro, Nabil, Bocey, Sepahtu dan SYJ.

Saksikan Maharaja Lawak Mega 2013 setiap minggu
Hari: Jumaat
Jam: 10 malam
Saluran: Astro Warna (132) & Astro Mustika HD (134)

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 10

Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 10 telah disiarkan sebentar tadi, 17 Januari 2014. Korang ada tengok? Pssssst…untuk minggu 10 ni siapa peserta yang menggeletek hati korang? Yumida suka persembahan Sepahtu, Jambu dan Bocey.

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 10

Pada yang terlepas menyaksikan MLM 2013 ni, korang boleh menonton Maharaja Lawak Mega minggu 10 ni, menerusi tonton online.

Comey tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 10

Comey diumumkan sebagai kumpulan ke-10 tersingkir dari Maharaja Lawak Mega 2013, pada 17 Januari 2014 malam semalam. Kumpulan Comey tersingkir selepas mendapat undian SMS terendah berbanding 7 kumpulan lain yang bersaing dalam Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini.

Penyingkiran kumpulan Comey telah diumumkan oleh Sheikh Haikal selaku juri tetap MLM 2013. Kumpulan Comey dianggotai oleh Suhaimi dan Ropie.
   

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 9

Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 9 telah disiarkan sebentar tadi, 10 Januari 2014. Korang ada tengok? Pssssst…untuk minggu 9 ni siapa peserta yang menggeletek hati korang? Yumida suka persembahan Sepahtu, SYJ, Jambu dan Bocey.

Suka idea Sepahtu berkaitan pesakit mental yang ingin cuba mendapatkan kunci dari doktor mereka untuk melarikan diri dari hospital. Kehadiran Jep menggegarkan pentas! Berulang-ulang kali masuk dengan idea sama, cuma pakaian berbeza. Rupanya doktor pun sakit mental jugak. Kelakar!

Lawak SYJ bez! Fresh! Jarang di dengar and penonton sukar mengagak apa next jenakanya. Seolah-olah spontan dan suspen gitu. Suka dengan watak Yasin, ala-ala ayu. Hahaha… Syuk pun bez, personalitinya memang kuat. Jihan jugak. Memasing mainkan peranan.

Haaa..Jambu! Suka dengan Tokey, ada intonasi suara. Part buat suspen, part marahkan Yus. Comel jer. Memang kelakar and stress siapa yang tunggu cabutan tiket bertuah kalau Tokey jadi mc nya. Hihihi…

Bocey pulak, pada awalnya agak slow. Part pertengahan and di hujung lawak tu memang kelakar habis. Hihi…sian Abam olwes jadi mangsa. Tapi tetap comel di hati penonton!

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 9

Pada yang terlepas menyaksikan MLM 2013 ni, korang boleh menonton Maharaja Lawak Mega minggu 9 ni, menerusi tonton online.

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 9 – Tonton Online

Saksikan persembahan semua peserta MLM 2013 minggu 9. Untuk menonton persembahan mereka. KLIK link berikut.
Sumber: GuaTV.com & Melvister

Nak tahu siapa tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 9 ni???
Saksikan Maharaja Lawak Mega 2013 setiap minggu
Hari: Jumaat
Jam: 10 malam
Saluran: Astro Warna (132) & Astro Mustika HD (134)

Wala tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 9

Wala diumumkan sebagai kumpulan ke-9 tersingkir dari Maharaja Lawak Mega 2013, pada 10 Januari 2014 malam semalam. Kumpulan Wala tersingkir selepas mendapat undian SMS terendah berbanding 8 kumpulan lain yang bersaing dalam Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini.

Penyingkiran kumpulan Wala telah diumumkan oleh Luna Maya selaku juri tetap MLM 2013. Kumpulan Wala dianggotai oleh Wala dan Wan.

Wala tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 9
Sumber: Page Maharaja Lawak

Melihat pada persembahan Wala di minggu 9 ni memang agak slow dan kurang jenakanya. Reaksi penonton yang menyaksikan secara live pun agak kurang sambutan riuh rendahnya. Hmmm…perjalanan Wala sebagai penghibur terhenti hingga ke minggu 9. Sememangnya sokongan pengundi yang membuatkan kumpulan Wala ini bertahan hingga ke malam semalam. Adat bertanding, ada yang bertahan ada yang keluar. So, hope lebih banyak rezeki menanti di luar nanti.

Sebanyak 8 kumpulan telah bersaing dalam Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu ke-9 ini antaranya Jambu, Shiro, Wala, Comey, Nabil, Bocey, Sepahtu dan SYJ.

Saksikan Maharaja Lawak Mega 2013 setiap minggu
Hari: Jumaat
Jam: 10 malam
Saluran: Astro Warna (132) & Astro Mustika HD (134)

MLM 2013: Siapa patut tersingkir di minggu 8 ???

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 8 telah pun bersiaran langsung malam semalam, 3 Januari 2014. Seperti yang ku jangka, Tiada penyingkiran Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 8 ini. Macam ahli nujum jer…tau-tau jer takde penyingkiran.

Melihat persembahan malam tadi, ada peserta yang memberikan persembahan terbaik, malah ada persembahan yang suam-suam kuku je. Kerana undian peminat, mereka masih mampu bertahan sampai ke minggu 8. Mungkin sampai minggu depan, sampai ke final MLM 2013. Siapa tahu..rezeki masing-masing. Yang mempunyai peminat setia dan pelabur yang kayo-rayo, sure ada peluang cerah untuk menang dalam Maharaja Lawak Mega 2013 musim ni.

Peserta kegemaran Yumida sentiasa berubah-ubah setiap minggu. Mereka yang mempamerkan lawak jenaka yang menggelikan hati pastinya berjaya menambat hatiku. Namun, kita punya cara berbeza melihat lawak jenaka mereka. Ada yang suka kerana mereka memang peminat setia. Contohnya, Wala dan Sepahtu mempunyai peminat yang sangat kuat berdasarkan kehadiran mereka yang memberi komen di facebook. Yumida pulak, hanya penonton yang ingin melihat lawak jenaka yang menghiburkan hati. Yang mana memberi good performance, itulah peserta kegemaran Yumida. Peserta kegemaran Yumida bagi minggu ke-8 Maharaja Lawak Mega 2013 ialah kumpulan SYJ, Bocey dan Sepahtu.

Psssst! Semalam kan takde penyingkiran. Berdasarkan penonton yang memberikan komen di facebook, bagi mereka still ada peserta yang masih memberikan persembahan yang kurang memberansangkan. Nak baca pendapat mereka? Jom!

Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 8

Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 8

Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 8

Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 8


Haaaa…gitu! Nak buat macam mana minggu 8 memang takde penyingkiran. Yang bottom 3 (Wala, SYJ dan Shiro) pun masih ada peserta yang memberikan persembahan terbaik contohnya SYJ, tapi dalam kedudukan tercorot. Nasib baik tak tersingkir. Suka sangat tengok Yasin dengan sarung tangan tu..kelakar! Pemarkahan peserta berdasarkan undian penonton 70% manakala dari juri 30%. Hmmm..program realiti kan..faham-faham je la. Hahaha…layan jer. Sambil menonton dan bergelak ketawa bersama yang tersayang.

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 8

Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 8 telah disiarkan sebentar tadi, 3 Januari 2014. Korang ada tengok? Pssssst…untuk minggu 8 ni siapa peserta yang menggeletek hati korang? Yumida suka persembahan SYJ, Sepahtu dan Bocey. Part Yasin dengan sarung tangan dan kaki tu kelakar. Hadoi…. Kumpulan Bocey pun boleh tahan. Lagu ‘ding ding’ tu yang bez…comei jer…

Pada yang terlepas menyaksikan MLM 2013 ni, korang boleh menonton Maharaja Lawak Mega minggu 8 ni, menerusi tonton online.

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 8 – Tonton Online

Saksikan persembahan semua peserta MLM 2013 minggu 8. Untuk menonton persembahan mereka. KLIK link berikut.

Nak tahu siapa tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 8 ni???

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 8

Hot meletop!

Artikel menarik:

Saksikan Maharaja Lawak Mega 2013 setiap minggu
Hari: Jumaat
Jam: 10 malam
Saluran: Astro Warna (132) & Astro Mustika HD (134)

Tiada penyingkiran Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 8

SYJ, Wala dan Shiro diumumkan 3 kumpulan mendapat markah terendah bagi minggu ke-8 di gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013, pada 3 Januari 2014 malam semalam.

Tiada penyingkiran Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 8

Persoalannya siapakah yang bakal tersingkir? Datuk Yusof Haslam selaku juri tetap MLM 2013 mengumumkan tiada penyingkiran di minggu ke-8! Yeah….

Bagi Yumida persembahan SYJ bez..menghiburkan…idea yang baik, persembahan kemas, lucu…memang syok ar tengok. Maybe undian kot yang membuatkan SYJ ni berada di bottom 3. Nasib baik takde penyingkiran minggu ni. Boleh tengok SYJ lagi next week. Go go go SYJ!

Sebanyak 8 kumpulan telah bersaing dalam Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu ke-8 ini antaranya Jambu, Shiro, Wala, Comey, Nabil, Bocey, Sepahtu dan SYJ.


Saksikan Maharaja Lawak Mega 2013 setiap minggu
Hari: Jumaat
Jam: 10 malam
Saluran: Astro Warna (132) & Astro Mustika HD (134)

Betul ke lebih 1 juta orang tengok Maharaja Lawak Mega 2013?

Terjumpa lagi keyword pasal Maharaja Lawak Mega ni. Kali ni berbunyi macam ni: Betul ke lebih 1 juta orang tengok Maharaja Lawak Mega 2013?


Erk….ye erk? Yumida pun tak tahu. Kot-kot korang terdengar Dato’ AC Mizal umumkan ker. Yumida hanya pay attention kat tv masa peserta buat persembahan je. Masa  Dato’ AC berucap Yumida selalu hilang depan tv. Pergi sana sini. Hihihi… So, kali ni tak dapek den nak membantu.

Kata kunci carian pasal MLM 2013 lagiiiiii…jom terjah:

Hot meletop!

Artikel menarik:

Sebab Boboi mahu keluar Maharaja Lawak Mega 2013

Sebab Boboi mahu keluar Maharaja Lawak Mega 2013

Terjumpa keyword ni di akaun Nuffnang pasal isu tarik diri Boboi dari pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013. Nak tahu kisahnya? Jom ikuti kisah di bawah.

Kumpulan Boboi ni dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik. Actually, masa Boboi mahu keluar dari rancangan lawak program realiti ni, time tu di minggu ke-4. Selepas pengumuman kumpulan Mamu disingkirkan, Afdlin Shauki membuat pengumuman bahawa mereka ingin menarik diri. Apa yang diplankan oleh Afdlin Shauki, kumpulan Boboi keluar, kumpulan Mamu masuk. Masa tu kan semua orang terpinga-pinga. Terkejut dengan keputusan Boboi.

Then, Dato’ AC Mizal tak membenarkan sebab time tu kan tengah bertanding. Keputusan keluar or tidak bergantung pada undian penonton. So, jika penonton masih mengundi Boboi, macam kesian la kat penonton yang bersusah payah mengundi. Tapi disingkirkan. Gitulah sebabnya penarikan diri Boboi dari Maharaja Lawak Mega 2013 dibatalkan.

Alasan Boboi mahu keluar Maharaja Lawak Mega 2013:
“Saya rasa sudah tiba masanya kumpulan Boboi yang sepatutnya disingkirkan kerana kami percaya kumpulan Mamu layak untuk berada di atas pentas ini dan menimba pengalaman serta menempa nama sebagai sebuah kumpulan lawak baru. Mengapa saya dan Harun Salim Bachik ingin menarik diri terus dari MLM 2013 adalah kerana kami sedar cuma kami antara serpihan pelawak muka lama yang masih berada di atas pentas ini. Rasanya sejak bermulanya program Maharaja Lawak Mega sehingga MLM 2013 kami berpeluang secara automatik untuk terus  berada dalam keadaan selesa di gelanggang MLM. Saya nampak sepatutnya kumpulan seperti Mamu ini diberi peluang untuk sama-sama belajar dan menimba ilmu serta menempa nama sebagai kumpulan pelawak muka baru yang berpotensi tinggi. Tidak adil bagi mereka untuk tersingkir terus kerana mereka masih tidak mempunyai sokongan peminat yang cukup kuat seperti kumpulan-kumpulan yang lain,”- Afdlin Shauki

Boboi tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 6, Sebab Boboi mahu keluar Maharaja Lawak Mega 2013

Haaaa…gitu la storynya. Boboi hanya bertahan dalam gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 sampai minggu ke-6.

Masa Boboi mahu keluar dari MLM 2013 tu kan, Yumida baca kat facebook ada yang suka Boboi keluar dan ada juga yang masih setia menyokong Boboi.

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 7

Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 7 telah disiarkan sebentar tadi, 27 Disember 2013. Korang ada tengok? Pssssst…untuk minggu 7 ni siapa peserta yang menggeletek hati korang? Yumida suka persembahan Nabil! Sepahtu! Bez..bez.. Kelakar tak hengat. Persembahan mereka memukau penonton minggu ni. Memang nampak peningkatan la kalau nak di compare dengan last week nyer. Keep it up bro!

First time wooo…tengok MLM 2013 tanpa kehadiran hujan. Hihihi… Selalunya asal tengok MLM 2013 je sure hujan renyai-renyai. Disertai guruh berdentum. Al maklum la hujung tahun macam ni memang musim hujan, musim banjir gak. Alhamdulillah..semalam cuaca sangat baik. Pada yang terlepas menyaksikan MLM 2013 ni, korang boleh menonton Maharaja Lawak Mega minggu 7 ni, menerusi tonton online.

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 7 – Tonton Online
Saksikan persembahan semua peserta MLM 2013 minggu 7. Untuk menonton persembahan mereka. KLIK link berikut.

Nak tahu siapa tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 7 ni???

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 7

Hot meletop!

Artikel menarik:

Saksikan Maharaja Lawak Mega 2013 setiap minggu
Hari: Jumaat
Jam: 10 malam
Saluran: Astro Warna (132) & Astro Mustika HD (134)

SayWho tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 7

SayWho diumumkan sebagai kumpulan ke-8 tersingkir dari Maharaja Lawak Mega 2013, pada 27 Disember 2013 malam semalam. Kumpulan SayWho tersingkir selepas mendapat undian SMS terendah berbanding 8 kumpulan lain yang bersaing dalam Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini.

Penyingkiran kumpulan SayWho telah diumumkan oleh Nora Danish selaku juri tetap MLM 2013. Kumpulan SayWho dianggotai oleh Bocil, Vicha dan Reza.

SayWho tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 7

Sebanyak 9 kumpulan telah bersaing dalam Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu ke-7 ini antaranya Jambu, Shiro, SayWho, Wala, Comey, Nabil, Bocey, Sepahtu dan SYJ.

Saksikan Maharaja Lawak Mega 2013 setiap minggu
Hari: Jumaat
Jam: 10 malam
Saluran: Astro Warna (132) & Astro Mustika HD (134)